Kata Pengantar | Kata Pengantar | 37
(1-50)

 Sebagaimana roh menguasai jasad, maka arahan-arahan pem-bentukan (takwiniyah) terhadap bahan-bahan beku sebagaimana yang telah ditetapkan oleh takdir Ilahi, juga mempunyai kekuasaan terhadap bahan-bahan tersebut. Lalu arahan tersebut menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai kedudukannya dan berjalaji berdasarkan sistem tertentu selaras dengan apa yang telah disalin oleh penulisan maknawi bagi takdir (penetapan) Ilahi.

Sebagai contoh: Pada pelbagai jenis telur, air mani dan biji benih, terdapat bahan-bahan yang memperolehi berbagai-bagai jenis cahaya dan kedudukan yang berbeza, berdasarkan perbezaan 'arahan-arahan pembentukan' yang digariskan oleh takdir Ilahi dalam bentuk yang berlainan, kerana bahan-bahan itu - dari sudut ia adalah satu bahan - berada di dalam satu hakikat (Ya! Keseluruhan bahan itu terdiri daripada empat elemen, iaitu pelahir air (oksigen dan hidrogen), pelahir asid (masam), karbon dan seumpamanya. Kerana itu, kesemua bahan dari sudut susunan fizikalnya dianggap terdiri danpada bahan yang sama, tetapi yang menycbabkan pcrbezaannya ialah penulisan (penetapan) takdir yang maknawi -Pcngarang.) sahaja sebenarnya. Akan tetapi ia menjadi sarana bagi pembesaran yang tidak terbatas bagi segala mawjudat. Dengan itu ia menjadi pemilik kepada pelbagai kedudukan dan cahaya yang bermacam-macam jenis. Kerana itu, tidak dapat tidak jika terdapat satu zarah dalam sesuatu perkhidmatan kehidupan dan ia termasuk dalam kandungan tasbih rabbani yang menjadikan kehidupan itu bertasbih berkali-kali, serta melaksanakan tugasnya di sana, maka tidak syak lagi bahawa hikmat kepada pengertian tersebut akan tertulis pada dahinya yang maknawi dan dirakamkan oleh kalam takdir llahi yang tidak mencuaikan sesuatupun, berdasarkan ilmu tuhan yang menyeluruh.

Daripada hakikat ini, terjelmalah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang ilmu yang menyeluruh’

Berdasarkan kenyataan yang lalu, zarah-zarah yang ada itu tidaklah terapung-apung dan berselerak begitu sahaja.( Inilah jawapan kepada ketujuh-tujuh perenggan yang lalu. )

Natijah:

Ketujuh-tujuh hukum yang lepas, iaitu undang-undang rububiyah, undang-undang kemurahan, undang-undang keindahan, undang-undang kerahmatan, undang-undang kebijaksanaan, undang-undang keadilan dan undang-undang ilmu yang menyeluruh dan undang-undang agung yang seumpamanya, setiap satu daripadanya mengisyaratkan kepada satu sudut daripada nama-nama Allah yang agung, dan penjelmaan terbesar kepada nama-nama Allah yang agung itu.

No Voice