Kemudian hikmat dan hakimiyah Ilahiyah yang tidak pernah mengabaikan makhluk yang paling kecil tanpa mendapat balasan, kesempurnaan dan kedudukan, hasil daripada tugasan yang dilakukannya, maka bagaimana la boleh mengabaikan orang-orang suruhan dan gunaan-Nya yang amat banyak itu - zarah-zarah - tanpa mendapat sebarang cahaya atau balasan.
Kedua: Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui menggerak dan menggunakan pelbagai elemen kimia bagi menunaikan tugas-tugas yang mulia, lalu ia 'ditingkatkan kepada peringkat mineral (galian), sebagai balasan baginya dalam menuju jalan kesempurnaan. Tuhan juga menggerak dan menggunakan zarah-zarah mineral bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu dan mengajarkannya tasbih yang khusus, setenisnya mengumiakannya martabat kehidupan kepada tumbuh-tumbuhan. Seterusnya Allah menggerakkan zarah tumbuh-tumbuhan dan me-nugaskannya dengan pelbagai tugasan serta menjadikannya sebagai rezeki kepada yang lain. Dengan itu, Allah memberikan nikmat kepadanya dengan meningkatkannya kepada martabat halus bagi haiwan. Kemudian Allah mempergunakan zarah-zarah haiwan - melalui jalan pemberian rezeki - dan mengangkatnya kepada darjat kehidupan kemanusiaan. Dan dengan melalukan zarah-zarah jisim manusia melalui beberapa penapis beberapa kali dan melalui pembersihannya dengan menjadikannya halus, Allah mengangkatnya kepada tempat yang paling halus dan mulia, yang terdapat di dalam tubuh manusia, iaitu otak dan hati.
Dari apa yang telah disebutkan sebelum ini dapat difahami bahawa gerakan zarah-zarah tidak berlaku tanpa mem-punyai sebarang faedah atau sunyi daripada sebarang hikmat. Bahkan zarah-zarah tersebut dibawa menuju ke arah suatu kesempurnaan yang layak bagiriya.
Ketiga:Sebahagian zarah yang terdapat pada benda hidup - seperti zarah pada biji benih - mencapai sejenis nur maknawi, kehalusan dan keistimewaan, sehingga ia menjadi se-umpama ouh dan penguasa terhadap zarah-zarah yang lain, dan juga terhadap pohon yang besar itu sendiri.
Peningkatan kedudukan zarah ini - antara zarah-zarah lain yang terdapat pada pohon yang besar itu - sehingga mencapai martabat tersebut, merupakan hasil daripada pelaksanaan segala tugasan dan tanggungjawabnya yang besar semasa melalui peringkat-peringkat pembesaran pohon tersebut. Ini menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut mencapai kehalusan maknawi, kedudukan tinggi dan petunjuk mulia ketika ia menunaikan tugasan fitrah yang diarahkan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana, mengikut jenis gerakan yang dilaku-kannya dan selaras dengan penjelmaan dan ketinggian al-asma' al-husna.