Kcwujudan hubungan pada setiap benda yang dinyatakan di atas, serta segala hubungan dan faedah yang diperolehi di sebaliknya, beserta dengan hikmat kcbijaksanaan yang sempurna dan ketelitian yang halus, menjelaskan bahawa:
Yang mencipta jasad dengan segala anggota-anggotanya, Dialah yang menempatkan zarah tersebut pada tempat itu, terutamanya zarah yang mendatangkan rezeki. Zarah yang berjalan dan bermusafir bersama-sama dengan kafilah rezeki, melakukan perjalanan dan pemusafiran itu dengan penuh ketertiban dan melancong dengan hikmat kebijak-sanaan yang raembingungkan akal fikiran. Kemudian zarah tersebut memasuki pelbagai peringkat dan meneroka bermacam-macam lapisan dengan sistem yang halus dan teliti. Dia melangkah dengan langkah yang penuh kesedaran, tanpa melakukan sebarang kesilapan. Zarah itu datang secara berperingkat kepada jasad yang hidup, lalu ia (zarah itu) dibersih dan ditapis dengan menggunakan empat jenis penapis, hingga ia sampai kepada seluruh anggota badan dan bilik-bilik kecil yang memerlukan rezeki. Lalu zarah itu memberikannya rezeki yang datang dalam bentuk bebola merah dalam darah dan membantunya berdasarkan undang-undang 'kemurahan'.
Secara semula jadinya, dapat difahami daripada keterangan di atas bahawa orang yang dapat menjalankan zarah ini sehingga dapat melalui ribuan rumah dan tingkatan yang berbeza, serta membawanya dengan penuh hikmat, sudah pasti dan tidak syak sedikitpun, ialah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki Lagi Maha Mulia, Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Penyayang. Segala bintang dan zarah yang halus, pada tanggapan kudrat-Nya, sama sahaja.
Kemudian setiap zarah itu pula melakukan pembentukan satu gambaran indah dan ukiran menakjubkan pada makhluk, dengan dua andaian.
Pertama, mungkin ia berada pada tempat seorang pemerintah yang menguasai setiap zarah dan menguasainya juga secara keseluruhan; dan dalam masa yang sama, zarah itu juga terikat dengan arahan setiap zarah tersebut sama ada secara satu persatu atau secara kolektif. la mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang gambaran indah yang membingungkan akal dan ukiran cemerlang yang dipenuhi hikmat, lalu ia (zarah) mewujudkannya. Andaian ini mustahil, seribu kali mustahil!