Kata Pengantar | Kata Pengantar | 28
(1-50)

Penampilan pada musim bunga tahun ini datang untuk mengambil tempat penampilan yang telah datang pada musim bunga tahun lalu. Ini berlaku dengan tujuan memperlihatkan hal ehwal al-asma' al-husna yang sentiasa segar penjelmaannya sepanjang masa.

Keempat: Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan mem-punyai kebesaran, menggerakkan zarah-zarah di dalam ladang dunia ini yang sempit dan menenunnya di kilang bumi, dengan menjadikan seluruh makhluk yang wujud ini sentiasa bergerak dan berpindah. Ini dilakukan-Nya demi mewujudkan keserasian terhadap keperluan, perhiasan dan penghasilan bagi alam-alam luas yang tidak terbatas, seperti calam al-mithal, alam al-malakat yang amat luas itu dan alam-alam akhirat lain yang tidak terbatas. Allah mempersiapkan penghasilan dan banyak natijah yang maknawi kepada bumi yang kecil ini, bagi alam yang amat luas dan besar itu. Allah mengalirkan banjir yang tidak berkesudahan daripada bumi ini, yang terbit daripada khazanah kudrat-Nya yang mutlak, lalu dicurahkan ke dalam alam al-ghayb dan sebahagian daripadanya dicurahkan ke dalam alam akhirat.

Kelima: Allah (s.w.t) menggerakkan zarah-zarah itu dengan kudrat-Nya dengan penuh kebijaksanaan dan mempergunakannya pada tugasan-tugasan yang tersusun kemas, bagi menampil-kan kesempurnaan sifat ketuhanan-Nya yang tidak ke-habisan, kilasan keindahan-Nya yang tidak bersempadan, penjelmaan kebesaran-Nya yang tidak berakhiran dan penyucian rabbaniyah yang tidak terhitung di atas per-mukaan bumi yang sempit dan terbatas ini. Akan tetapi semuanya itu dalam tempoh masa yang sedikit dan terbatas. Allah (s.w.t) menjadikan segala makhluk yang wujud bertasbih, dengan tasbih yang tidak berkesudahan, dalam tempoh masa dan tempat yang terbatas, bagi menjelaskan bahawa jelmaan-jelmaan-Nya yang indah, sempurna dan agung secara mutlak itu merupakan pewujud kepada pelbagai hakikat perkara ghaib, buah akhirat, keindahan ideal - yang digambarkan melalui benda-benda yang binasa namun identitinya tetap kekal - dan pelbagai tenunan kebijaksanaan. Yang menggerakkan zarah, menampilkan bermacam-macam matlamat yang agung dan hikmat yang hebat ini ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal. Jika bukan demikian, maka setiap zarah akan memerlukan sebuah akal sebesar matahari!

Terdapat banyak lagi contoh yang menerangkan hikmat pertukaran zarah yang digerakkan berdasarkan kebijaksanaan yang hebat, sebagai-mana kelima-lima contoh yang telah ditampilkan di atas. Kemungkinan contoh yang dapat didatangkan berjumlah lebih daripada lima nbu, tetapi golongan ahli falsafah yang dungu menyangka bahawa ia kosong, tidak mengandungi sebarang hikmat!

No Voice