Kata Pengantar | Kata Pengantar | 25
(1-50)

Ada seorang pergi ke Eropah, dalam keadaan tidak mengetahui langsung tentang sarana-sarana tamadun, di samping itu dia juga buta. Jika orang ini datang ke sana (Eropah) dan memasuki kesemua makmal dan kilang, serta dapat melakukan pembuatan benda-benda yang menakjubkan di dalam berbagai-bagai bentuk bangunan, dalam keadaan penuh tersusun, kebijaksanaan dan kemahiran yang menghairankan akal, maka sudah tentu seseorang yang mempunyai walaupun secebis perasaan akan mengetahui dan menyedari secara yakin bahawa orang tersebut tidak melakukan kesemua perkara tersebut dengan sendiri, bahkan terdapat seorang pakar yang menunjuk ajar dan mem-bimbingnya bagaimana melaksanakan segalanya,

Jika terdapat seorang yang tidak berupaya, buta, tempang, terperuk di dalam pondok usangnya, tidak dapat bergerak, kemudian dibawa masuk kepadanya sedikit anak batu, sepotong tulang dan sepotong kapas; tiba-tiba pondok usangnya itu mengeluarkan bertan-tan gula, bergulung-gulung tekstil, ribuan ketul permata, bersama dengan pakaian yang paling cantik dan perhiasan yang paling membanggakan, di samping makanan-makanan yang amat lazat; maka tidakkah seseorang yang mempunyai secebis akal fikiran akan berkata bahawa lelaki yang buta dan tempang itu, hanyalah seorang jaga kepada kilang yang hebat dan khadam kepada seorang tuan yang memiliki mukjizat?

Begitulah juga dengan gerakan-gerakan zarah udara, serta bagaimana ia bekerja pada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bungaan dan buah-buahan. Setiap satu daripadanya merupakan penulisan ketuhanan yang diperlukan oleh sekalian makhluk. Setiap satunya juga merupakan keindahan pcnciptaan rabbani, mukjizat kudrat ilahi dan keluarbiasaan hikmat Ilahi. Zarah-zarah tersebut tidak akan bergerak dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain melainkan dengan arahan Tuhan Yang Maha Membuat Lagi Maha Bijaksana, yang mempunyai kcmuliaan dan dengan kehendak Tuhan Yang Maha Mencipta Yang Maha Mulia dan yang mempunyai keindahan.

Bandingkan keadaan ini dengan zarah tanah yang menjadi tempat tumbuh tangkai yang hanya berasal daripada biji benih sahaja. Setiap satunya mcnjadi mesin menakjubkan yang berbeza antara satu sama lain Setiap satunya juga merupakan papan tanda yang mengiklankan nama-nama Allah yang baik, berbeza dengan yang lain. Setiap satunya juga merupakan qasidah terpelihara yang memberikan pujian terhadap kesempurnaan Allah (a.w.j). Tidak -syak.,lagi, biji-biji benih tersebut tidak menjadi tempat tumbuh pokok dan tumbuh-tumbuhan melainkan dengan arahan Allah yang memiliki perintah kun fa yakun. Setiap benda tunduk kepada perintah-Nya, tidak bekerja melainkan dengan keizinan, iradah dan kekuatan-Nya. Inilah keyakinan yang teguh dan pasti. Kami beriman!

No Voice