Kata Pengantar | Kata Pengantar | 22
(1-50)

Oleh itu ia lebih menjadi tanda, rekod dan kitab kepada al-qudrah dan al-iradah al-ilahiyah, daripada menjadi tanda kepada itmu dan perintah Ilahi. Dengan ungkapan lain, jika al-imam al-mubin adalah menjadi rekod kepada qadar (takdir) Ilahi, maka al-kitab al-mubin menjadi rekod kepada kekuasaan Ilahi (al-qudrah al-Ilahiyah). Maksudnya, ketertiban dan kualiti yang ada pada kewujudan, keperibadian, sifat dan hal ehwal sesuatu menunjukkan kewujudan telah disimbahkan ke atas sesuatu itu, membentuk gambarannya, menentukan kadarnya dan memberikan bentuknya yang khusus, berdasarkan perlembagaan kudrat yang sempuma dan undang-undang iradah yang berkesan. Maka qudrah dan iradah ilahiyah itu mempunyai undang-undang umum dan khusus, terpelihara dalam rekod agung, yang menghurai dan memberikan bentuk pakaian yang tertentu kepada setiap sesuatu, berdasarkan undang-undang tersebut. Kewujudan rekod ini telah terbukti dan disabitkan di dalam risalah al-qadar al-ilahiyan wa al-juz' al-ikhtiyari, sebagaimana terbukti juga kewujudan al-imam al-mubin di dalam risalah tersebut.
Lihatlah kedunguan para ahli falsafah yang sesat dan alpa! Mereka merasakan kewujudan loh mahfuz bagi kekuasaan Ilahi yang menciptakan. Mereka juga merasakan kehadiran fenomena-fenomena kitab yang melihat hikmat rabbani dan iradahnya yang terlaksana ke atas segala benda. Mereka juga perasan akan pelbagai gambaran dan contohnya, tetapi mereka menamakannya tabi'i (nature), lantas mereka memadamkan cahayanya. Maha Suci Allah!

Demikanlah, melalui arahan daripada al-kitab al-mubin, iaitu dengan hukum danpada takdir Ilahi dan perlembagaannya yang mesti dilaksanakan, al-qudrah al-ilahi\yah menulis - ketika mengadakan siri benda-benda yang wujud yang kesemuanya menjadi tanda - mengadakan dan menggerakkan zarah-/arah di atas papan pemadaman dan pcnetapan (al-mahw wa al-ithbat) yang merupakan lembaran mithali kepada zaman 
Gerakan-gerakan zarah hanyalah gegaran dan gerakan yang berlaku ketika benda-benda yang wujud melintas - ketika berlaku penulisan dan penyalinan tersebut - dan alam yang ghaib kepada alam yang nyata, iaitu daripada ilmu kepada kudrat.

No Voice