Penulisan kalam kekuasaan Ilahi itu disalin daripada kitab yang jelas (al-kitab al-mubin) yang menjadi tanda kepada kudrat dan iradat Allah (s.w.t). la juga merupa-kan paksi pengurusan untuk mengadakan dan membentuk sesuatu daripada dunia kenyataan dan zaman sekarang, berdasarkan perlembagaan al-Qur'an yang menjadi paksi kepada seluruh ciri-ciri asasi, ciri-ciri rantingan dan keistimewaan segala sesuatu, iaitu menjadi paksi kepada asal setiap benda yang telah lalu, mahupun keturunan yang akan datang, yang berada di dalam lipatan alam ghaib. la juga menjadi tanda kepada ilmu Ilahi dan segala urusan pemerintahannya. (*)
(*) (Perkataan al-imam al-mubin dan al-kitab al-mubin disebutkan bebcrapa kali di dalam al-Qur'an. Sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Manakala sesetengah yang lain mengatakan bahawa maknanya berbeza dan mereka menafsirkan hakikatnya dengan beberapa sudut yang berbeza Kesimpulan penafsiran mereka, bahawa kedua-dua perkataan tersebut merupakan dua tanda yang menunjukkan kepada ilmu Ilahi. Akan tetapi saya yakin sepenuhnya - melalui limpahan al-Qur'an terhadap saya - bahawa perkataan al-imam al-mubin merupakan satu tanda kepada satu jenis itmu Ilahi, yang lebih tertuju kepada alam ghaib daripada alam kenyataan, iaitu ia lebih tertuju kepada masa lalu dan akan datang daripada tertuju kepada masa sekarang. Dengan kata-kata lain, ia merupakan rekod bagi qadar (takdir) Ilahi yang melihat kepada asal dan keturunan segala sesuatu. Melihat akar umbi dan biji benihnya lebih dahpada melihat kepada kewujudan zahirnya. Kewujudan rekod ini telah dibuktikan dalam Kalimah Kedua Puluh Enam dan juga pada catatan bawah Katimah Kesepuluh. Ya! Al-Imam al-mubin ini merupakan tanda bagi satu jenis ilmu Ilahi. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan penghasilan besar, umbi dan asas sesuatu dalam keadaan yang amat baik dan sempurna, menunjukkan bahwa sistem dan kesempurnaan ini berlaku berdasarkan rekod perlembagaan ilmu Ilahi. Kerana natijah, hasil, keturunan atau benih sesuatu merupakan rekod kecil kepada titah penntah Ilahi kerana ia mengandungi pelbagai program dan senarai segala benda yang wujud, maka bolehlah kita katakan, bahawa biji benih - misalnya - merupakan gambaran terhadap pelbagai program dan senarai kecil yang dibentuk bagi seluruh bahan yang akan membentuk susunan pohon yang besar. Biji benih itu juga merupakan gambaran kepada arahan-arahan pembentukan (al-takwiniyah) yang menentukan pelbagai bentuk dan senarai itu.
Kesimpulannya, bahawa Al-Imam al-mubin lalah senarai dan pelbagai program bagi pohon penciptaan, yang segala akar, dahan dan rantingnya menjangkau masa lalu, akan datang dan alam yang ghaib. Dengan pengertian ini, ia menjadi rekod Ilahi dan bermacam-macam buku kepada perlembagaannya. Segala zarah diheret untuk bergerak dan melaksanakan tugasnya di dalam segala benda melalui penulisan dan hukum perlembagaan tersebut.
Manakala al-kitab al-mubin pula lebih tertuju kepada alam kenyataan atau penyaksian (al-shahadah) daripada tertuju kepada alam yang ghaib. laitu ia lebih melihat masa sekarang daripada melihat masa lalu dan akan datang.