Kata Pengantar | Kata Pengantar | 18
(1-50)

Antara natijah kepada falsafah yang rosak itu ialah bahawa 'ana' yang tidak mempunyai zat melainkan hanyalah suatu hakikat yang lemah, seolah-olah seperti udara atau wap sahaja, tetapi dengan pandangan falsafah yang pesimistik, berdasarkan pandangannya terhadap sesuatu dengan pengertiannya sebagai nama (ism), 'ana' itu menjadi cair. Tetapi dengan sebab kejinakan dan ketenggelaman ke dalam kebendaan dan syahwat, ia seolah-olah mengeras semula. Kemudian ia dihinggapi oleh kealpaan dan keingkaran, lalu 'keakuan' itu terbeku semula. Kemudian dengan penderhakaan terhadap titah perintah Allah 'ana' itu menjadi keruh, kehilangan kejernihan dan kehalusannya lalu menjadi pekat. Kemudian ia menjadi keras semula sedikit demi sedikit sehingga la berupaya menelan tuannya. Bahkan 'ana' itu tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi ia mula membesar, membusung dan meluas dalam pemikiran manusia sehingga ia mula menyukat dan mengukur manusia, bahkan sebab-musabab dengan membandmgkannya dengan dirinya sendiri. Lalu dia memakaikan sifat Fir'aun kepada dirinya, sekalipun dia enggan dan meminta per-lindungan daripada memiliki sifat tersebut. Apabila sampai ke tahap itu, dia mula melangkah masuk ke dalam peringkat penentang kepada permtah-perintah Allah, lalu dia sanggup berkata:
Maksudnya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Yasin 36:78)
Seolah-olah dia mencabar Allah dan menuduh-Nya lemah. Kemudian dia sanggup campur tangan dalam sifat-sifat Allah, lalu dia meng-ingkari atau mengubah suai atau menolak sifat-sifat yang tidak sesuai dengan hawa natsunya, atau yang tidak dikagumi oleh ego kefir'aunan-nya. Contohnya:
Sekumpulan ahli falsafah menamakan Allah (s.w.t) sebagai al-mujib bi al-dhat (yang mewajibkan pewujudan sesuatu dengan zat-Nya), lalu mereka menafikan sifat iradah (berkehendak) dan ikhtiyar (pilihan) daripada Allah. Mereka mendustakan penyaksian seluruh alam terhadap sifat iradah-Nya yang mutlak.
Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya manusia ini! Segala kewujudan, daripada atom sehingga matahari, kesemuanya dengan jelas menunjuk-kan sifat iradah Allah (s.w.t), bagaimana benda-benda itu wujud, tersusun, mempunyai hikmat dan neraca tertentu; bagaimanakah ia tidak bolth dilihat oleh mata falsafah? Semoga Allah membutakan mata mereka!

No Voice