Di manakah kedudukan kaedah falsafah yang rosak itu - yang pada hakikatnya tidak mempunyai hikmatpun - dan mewarnai semua kewujudan itu jika hendak dibandingkan dengan hikmat benar kenabian?
Kami membataskan perbincangan ini hingga setakat ini sahaja, kerana telah kami bincangkan secara panjang lebar dalam Hakikat Kesepuluh pada Kalimah Kesepuluh.
Dengan itu, boleh anda kiaskan ribuan contoh lain berdasarkan keempat-empat contoh yang telah kami sebutkan di atas. Kami juga telah mengisyaratkan kepada sebahagian daripadanya pada risalah al-Lawamic.
Kerana sandaran falsafah adalah kepada asas-asas yang lemah serta natijah-natijahnya mengecewakan, maka ahli-ahli falsafah Islam yang hebat, yang terpesona dengan kilauan hiasan falsafah, terdorong untuk menuruti jalan itu, umpama Ibn Sina dan al-Farabi. Maka mereka hanya memperolehi darjat iman yang paling rendah sekali, iaitu daijat iman orang biasa. Bahkan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali tidak memberikan mereka darjat tersebut.
Demikian juga dengan para imam al-Muctazilah. Mereka merupakan ulama ilmu kalam yang mempunyai ilmu mendalam. Namun disebab-kan mereka tertitnah dengan falsafah dan hiasannya dan kerana mereka mengeratkan hubungan dengan falsafah dengan menjadikan akal sebagai hakim, mereka tidak memperolehi apa-apa melainkan darjat seorang mukmin peringkat permulaan (mubjtadi") lagi fasiq.
Demikian juga dengan Abu al-cAla* al-Macarri yang merupakan salah seorang tokoh sasterawan Islam yang tersohor dengan pesimistiknya, dan cUmar al-Khayyam yang masyhur dengan ratapan keyatimannya, serta sasterawan-sasterawan lain yang terbilang dan terpedaya dengan falsafah dan yang jiwa ammarah bi al-su' mereka terpesona dengannya, telah menerima tamparan pengajaran dan lempangan penghinaan serta pengkafiran daripada ahli-ahli hakikat dan kesempurnaan. Mereka ditempelak dengan kata-kata: "Wahai orang-orang yang bodoh! Kamu melakukan kebodohan dan akhlak yang buruk. Kamu juga melalui jalan golongan kafir zindiq, bahkan kamu membela dan memeliharanya dalam dakapan kamu!"