Falsafah juga memperelok fenomena kemasyhuran dan glamor dan rupa luaran yang indah dengan tujuan riak dan membanggakan diri. Kerana itu, ia mengalu-alukan orang-orang yang riak, mendorong mereka supaya berterusan berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka umpama berhala-berhala yang menjadi hamba kepada orang yang menyembahnya. (Maksudnya, mereka yang seumpama berhala itu menzahirkan suasana-suasana yang menyerupai peribadatan di hadapan para pengagum mereka, demi menarik perhatian mereka dan sebagai memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Oleh itu merekalah penyembah dari satu sudut, manakala dari sudut yang lain mereka juga objck yang disembah. - Pengarang.) Pohon zaqum itu juga membela para Fir'aun, Namrud dan para taghut agar menguasai keseluruhan manusia yang lemah di atas dahan kekuatan kemarahan.
Manakala di atas dahan kekuatan akal pula, ia meletakkan golongan ateis, materialis, naturalis dan yang seumpama mereka yang terdiri daripada buah-buahan yang keji di dalam akal kemanusiaan, lalu menyebabkan akal manusia bercelaru tidak mampu beiiikir dengan sebaiknya.
Untuk menjelaskan hakikat ini, kami membandingkan natijah-natijah yang terhasil melalui asas yang rosak melalui jalan falsafah dan daripada natijah-natijah yang terhasil daripada asas yang benar melalui jalan kenabian. Kami akan membataskan perbincangan ini terhadap beberapa contoh sahaja daripada ribuan perbandingan yang ada.
Contoh pertama:
Antara kaedah kenabian yang diperakui dalam kehidupan peribadi manusia ialah 'berakhlak dengan akhlak Allah'. Yakni hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang ikhlas, berhias dengan akhlak-akhlak-Nya, berlindung dengan lindungan-Nya, mengiktiraf kelemahan, kefakiran dan kekurangan kamu dengan sesungguhnya.
Maka apakah kedudukan kaedah ini jika dibandingkan dengan kata-kata falsafah: "Serupakanlah dirimu dengan (Tuhan) yang wajib (wujud)", yang dijadikan sebagai matlamat tertinggi oleh falsafah bagi kemanusiaan?