Kata Pengantar | Kata Pengantar | 13
(1-50)

Manakala mereka yang beradaMi atas jalan kenabian, mereka telah melakukan hukuman yang dipenuhi dengan ubudiyah yang ikhlas kepada Allah Yang Maha Esa. Mereka memutuskan bahawa matlamat terakhir bagi kemanusiaan dan tugas asasinya ialah berakhlak dengan akhlak ketuhanan, iaitu menghiaskan diri dengan pelbagai ciri mulia dan sifat terpuji yang diperintahkan oleh Allah. Juga manusia hendak-lah menyedari kelemahannya lalu dia berlindung kepada kudrat Allah; melihat kelemahannya lalu dia mempertahankan dirinya dengan kekuasaan Allah; menyaksikan kefakirannya, lalu dia berlindung dengan rahmat Allah; melihat kehajatannya, lalu dia mengambil daripada kekayaan Allah, mengetahui kekurangannya, lalu dia benstightar kepada Allah; dan menyedari kekurangannya, lalu dia bertasbih dan menyucikan kesempurnaan Allah (s:w.t.).
Oleh sebab falsafah yang menderhaka kepada agama telah sesat sejauh-sejauhnya, maka 'ana' telah menjadi pemegang kepada segala urusan-nya, dan bergegas-gegas menuju setiap jenis kesesatan.
Demikianlah bagaimana pohon zaqum tumbuh di atas puncak salah satu sudut 'ana' ini, yang telah menyelubungi separuh daripada ke-manusiaan dengan kesesatannya dan membawa mereka menyeleweng daripada jalan yang lurus. Manakala buah yang dipersembahkan oleh pohon zaqum yang keji itu kepada pandangan manusia, ia merupakan pelbagai berhala dan tuhan yang berada di atas dahan kekuatan kebinatangan yang bersyahwat. Ini kerana falsafah pada dasarnya mengutamakan kekuatan dan menjadikannya asas dan kaedah yang menentukan hala tuju manhajnya, hinggakan dasar 'kekuasaan bagi yang menang' merupakan salah satu perlembagaannya. la juga mengambil prinsip 'kebenaran berada di dalam kekuatan', ('Kenabian' pula hanya memperakui kekuatan yang berada di dalam (digunakan untuk) kebenaran, bukan 'kebenaran beradadalam kekuatan'. Kenyataan ini menolak kezaliman dan merealisasikan keadilan. - Pengarang. ) lantas secara tidak langsung ia mengkagumi kezaliman dan permusuhan, serta menggesa dan mengheret para taghut dan pembesar yang zalim lagi melampaui batas agar mengaku diri sendiri sebagai tuhan.
Falsafah juga memiliki keindahan yang terdapat pada segala makhluk, dan kecantikan rupa paras dan bentuknya, ia memilikinya kepada makhluk dan rupa paras itu sendiri, dengan melupakan bahawa ke-indahan dan kecantikan itu sebenarnya merupakan jelmaan kepada keindahan dan kecantikan suci bagi Tuhan Yang Maha Indah, Cantik, Maha Suci, Pembentuk rupa paras dan Pencipta. Falsafah hanya berkata: "Alangkah cantiknya benda ini!" yang sepatutnya ia berkata: "Alangkah cantiknya penciptaan (kejadian) benda ini!" Dengan ini, falsafah telah menjadikan kecantikan dan keindahan itu sendiri umpama berhala yang berhak untuk disembah!

No Voice