Kata Pengantar | Kata Pengantar | 10
(1-50)

Pertama: Rantaian kenabian dan agama.
Kedua: Rantaian falsafah dan hikmah (kebijaksanaan).
Apabila kedua-dua rantaian ini bersatu dan bercantum, pada satu-satu masa atau zaman, maka falsafah akan berada dalam lindungan agama, berpaut dan taat kepadanya. Kemanusiaan pula akan mengalami kehidupan yang bahagia dan memperolehi kehidupan kemasyarakatan yang sentosa. Tetapi apabila berlaku perpecahan dan perpisahan antara kedua-duanya, maka segala cahaya dan kebaikan akan berhimpun di sekitar rantaian kenabian dan agama, manakala segala keburukan dan kesesatan akan berhimpun di sekitar rantaian falsafah.
Sekarang mari kita perhatikan punca dan asas kepada setiap rantaian tersebut:
Rantaian falsafah yang menderhaka kepada agama, tergambar di dalam bentuk sepohon pokok zaqum keji yang menyebarkan kegelapan kesyirikan dan kesesatan di sekitarnya, sehingga ia memberikan buah-buahan berbentuk fahaman ateisme, materialisme dan naturalisme kepada akal manusia melalui dahan kekuatan akalnya. Manakala melalui dahan kekuatan kemarahannya, ia mencampakkan buah-buahan kezaliman Namrud, Fir'aun dan pemerintah zalim (Memanglah falsafah kuno Mesir dan Babylon yang mencapai tahap sihir atau disangkakan sebagai sihir kerana ia terbatas kepada golongan tertentu itulah yang mernelihara dan mendakap para Fir'aun dan Namrud dalam peliharaannya. Begitu juga, lumpur dan paya falsafah tabi'i menempatkan tuhan-tuhan kc dalam akal ahli falsafah Yunan kuno serta melahirkan pelbagai berhala. Pastilah benar, seseorang yang terhijab daripada nur Allah dengan dinding semula jadi (nature) akan mengurniakan sifat uluhiyah kepada setiap sesuatu, kemudian ia memberikannya juga kepada dirinya sendiri. - Pengarang. ) yang lain ke dalam kepala manusia. la juga membesarkan buah-buahan tuhan, berhala dan pendakwa ketuhanan melalui dahan kekuatan syahwat kebinatangan.
Di samping pohon zaqum yang keji ini, terdapat sepohon tuba yang hanya beribadat kepada Allah. Inilah pohon rantaian kenabian. la membuahkan buah-buahan yang segar lagi lazat di dalam kebun bebola bumi dan menghulurkannya kepada kemanusiaan. Dari dahan kekuatan akalnya lahirlah para nabi, rasul, siddiq dan para wali yang salih, me-lalui gugusan-gugusan yang mudah dipetik. la juga melahirkan para pemerintah yang adil dan raja yang suci ibarat malaikat, melalui dahan kekuatan penolakannya. la juga melahirkan golongan mulia, pemurah dan bermaruah tinggi, yang mempunyai jalan kehidupan yang baik, indah, menjaga kehormatan diri dan bebas dari sebarang ke&alahan. Pohon yang berkat itu mengumumkan bahawa manusia sebenarnya merupakan buah yang paling mulia daripada pohon alam itu.

No Voice