Kata Pengantar | Kata Pengantar | 7
(1-50)

Satu sudut tertuju ke arah kebaikan dan kewujudan. Melalui sudut ini, dia (manusia) hanya menerima limpahan yang dituangkan ke atasnya sahaja, kerana dari sudut ini dia tidak mampu untuk mengadakan sesuatu. Jadi dia bukan seorang 'pembuat', kerana tangannya tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan untuk mengadakan.
Satu sudut lagi tertuju ke arah kejahatan dan membawa kepada 'ketiadaan'. Dari sudut ini, dia menjadi 'pembuat' dan tuan punya perbuatan itu.
Seterusi.ya hakikat 'ana' itu hartiah, iaitu ia hanya menunjukkan makna yang terdapat pada benda lain (bukan pada dirinya). Maka rububiyah-nya merupakan suatu yang khayali, kewujudannya lemah sehingga zatnya sendiri tidak mampu untuk menanggung apa-apa, bahkan tidak mampu untuk ditanggung apa-apa ke atasnya. la hanyalah neraca penimbang, yang menerangkan tentang sifat-sifat Allah Taala yang mutlak dan meliputi segala sesuatu, persis seperti neraca kepanasan, neraca udara dan neraca-neraca lain yang menerang dan menjelaskan tentang sukatan, ukuran dan darjah sesuatu benda yang disukat.
Seseorang yang memahami hakikat 'ana' melalui sudut ini dan tunduk kepadanya, kemudian dia beramal berdasarkan tuntutannya, dia ter-masuk di kalangan orang yang diberikan berita baik, melalui firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia'bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."(Al-Shams 91:9)
Dia juga telah menunaikan amanah dengan sebenar. Melalui kaca mata 'ana', dia memahami hakikat alam kewujudan dan tugas-tugas yang dilaksanakan olehnya. Ketika jiwanya memperolehi apa-apa maklumat dari pelbagai ufuk luaran, akan ada sesuatu daripada 'ana' yang membenarkannya, lalu maklumat-maklumat tersebut tertanam di dalam jiwanya sebagai ilmu-ilmu yang bercahaya dan hikmat kebijaksanaan yang benar. la tidak bertukar menjadi kegelapan yang sia-sia.
Ketika 'ana' melaksanakan tugasnya dalam bentuk ini, dia akan me-ninggalkan rububiyah dan pemilikannya yang diandaikan kewujudan-nya itu - yang hanya merupakan unit ukuran atau sukatan sahaja - lalu dia menyerahkan pemilikan hanya untuk Allah sahaja dengan dia berkata: "Bagi-Nya kerajaan (pemilikan), bagi-Nya kepujian, bagi-Nya hukuman dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Dengan itu dia telah memakai pakaian ubudiyah yang sebenar dan dia telah meningkat kepada satu maqam yang lebih baik.

No Voice