Kerana itu, mestilah diletakkan suatu anggaran atau anggapan sempadan yang dikhayalkan kewujudannya kepada sifat-sifat dan nama-nama yang mutlak tersebut, untuk menjadi alat bagi memahaminya. Inilah apa yang dilakukan oleh 'keakuan', kerana seseorang akan menggambarkan di dalam dirinya sifat njbubiyah (ketuhanan), malikiyah (pemilikan), kudrat dan ilmu lalu diberikannya sempadan tertentu yang dianggarkan kewujudannya bagi sifat-sifat yang menyeluruh dan nama-nama yang mutlak, lalu - sebagai contohnya - dia akan berkata: "Dari sekian tempat ke sekian tempat, kawasanku dan yang selepasnya kembali kepada sifat-sifat tersebut." Seolah-olah dia meletakkan sejenis pembahagian. Dengan itu dia bersedia untuk memahami hakikat sifat-sifat yang tidak bersempadan itu, sedikit demi sedikit, berdasarkan neraca dan ukuran kecil lagi mudah yang dimilikinya.
Sebagai contoh juga, dengan rububiyah yang difantasikan kewujudan-nya berada di bawah kekuasaannya terhadap benda-benda miliknya, dia memahami rububiyah Tuhan Yang Maha Mencipta secara mutlak yang meliputi seluruh benda yang wujud.
Dengan sifat pemilikannya yang zahir, dia memahami sifat pemilikan Pencipta yang hakiki, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku pemilik rumah ini, maka Allah (s.w.t) juga pemilik kepada alam ini."
Dengan ilmunya yang sedikit, dia mengetahui ilmu Allah yang mutlak.Dengan sedikit kemahirannya yang diperolehi melalui pengalaman dan latihan, dia mengetahui keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Mencipta, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku dapat menghias dan menyusun atur rumah ini, begitu juga mesti ada orang yang mencipta dan menyusun atur dunia ini."Demikianlah seterusnya. Terangkum di dalam perkataan 'ana' ribuan hal, sifat dan perasaan yang tersembunyi di bawahnya ribuan rahsia yang terkunci dan sedikit banyak mampu untuk menunjuk dan men-jelaskan kesemua sifat dan hal Allah yang bijaksana itu.Perkataan 'ana' tidak mengandungi apa-apa makna pada dirinya, tetapi ia menunjukkan sesuatu makna yang ada pada benda lain, seperti cermin yang membalikkan bayangan, seperti unit sukatan atau ukuran tertentu, seperti sejenis alat yang membongkarkan sesuatu. Secara katawi maknanya ialah bahawa ia merupakan seurat rambut yang sensitif danpada tali kewujudan manusia yang hebat. la menjadi benang halus danpada tenunan pakaian hakikat kemanusiaan. la merupakan huruf alif yang terdapat pada kitab keperibadian anak-anak Adam, kerana huruf itu mempunyai dua sudut: