Kata Pengantar | Kata Pengantar | 9
(1-50)

Demikianlah 'ana' dalam kedudukannya ini terlibat dengan peng-khianatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. la sesungguhnya berada dalam kejahilan mendalam, bahkan ia adalah yang paling jahil di kalangan orang-orang yang jahil. la teraba-raba di lembah kejahilan yang melampau walaupun ia mengetahui banyak ilmu dan seni. Ini kerana cahaya-cahaya makrifat yang tersebar di seluruh pelosok dunia yang ditangkap oleh panca indera dan pemikiran-nya tidak menjumpai sesuatu yang membenarkannya, memberikannya cahaya dan mengekalkannya di dalam jiwanya. Kerana itu, semua pengetahuan itu terpadam bahkan menjadi kegelapan yang pekat, disebabkan segala ilmu yang memasuki dirinya dicelup dengan celupan dirinya yang memang berada di dalam kegelapan yang pekat. Sekalipun didatangi oleh hikmat kebijaksanaan yang mutlak dan mengagumkan, jiwanya tetap diselimuti dengan pakaian kesia-siaan yang mutlak, kerana warna 'ana' dalam keadaan ini dicelupi oleh kesyirikan dan penanggalan sifat-sifat yaijg mulia bagi Tuhan Yang Maha Mencipta, serta pengingkaran kewujudan-Nya. Bahkan jika seluruh dunia ini dipenuhi dengan tanda-tanda kebesaran-Nya yang jelas dan lampu-lampu yang membawa hidayah, nescaya noktah hitam yang terdapat pada 'ana' akan menggerhanakan segala cahaya yang datang dan menghijabkannya daripada berupaya menampakkan dirinya.
Dalam Kalimah Yang Kesebelas, kami telah menghuraikan tentang hakikat kemanusiaan dan keakuan yang terdapat dalam kemanusiaan itu dari sudut makna katawinya. Di sana, kami telah membuktikan dengan kukuh bagaimana keakuan itu menjadi suatu neraca yang sensitif bagi alam ini. la juga merupakan ukuran atau sukatan yang tepat dan halus, indeks yang menyeluruh dan meliputi, peta yang tuntas, cerminan dan penilaian yang sempurna.
Di sini kami mengakhiri mukadimah ini, berpada dengan penghuraian yang terdapat di dalam risalah tersebut.
Wahai saudara pembaca! Jika anda menguasai mukadimah ini, maka marilah sama-sama kita memasuki hakikat itu sendiri.Sesungguhnya dalam sejarah kemanusiaan, semenjak zaman Saidina Adam (a.s) hinggalah masa kini, terdapat dua aliran dan rantaian pemikiran yang besar. Kedua-duanya berjalan merentasi zaman dan masa, seolah-olah kedua-duanya merupakan dua batang pokok yang besar, yang mengembangkan dahan dan rantingnya ke seluruh penjuru, dan kepada setiap peringkat kemanusiaan.

No Voice