Begitulah asal pohon yang berkat ini dan punca pohon yang keji itu. Kedua-duanya menjadi sudut kepada 'ana' dan wajah kepadanya. Atau dengan ungkapan lain, 'ana' yang menjadi biji benih asal kepada kedua-dua pohon tersebut, kedua-dua sudut atau wajahnya telah men-jadi punca dan asas kepada setiap pohon tersebut.
Kami akan menerangkan perkara tersebut sebagaimana berikut:
Kenabian berjalan dengan mengambil salah satu sudut atau wajah 'ana'. Falsafah juga datang dengan mengambil sudut atau wajah 'ana' yang satu lagi. Sudut atau wajah pertama yang menilik hakikat kenabian, merupakan punca ubudiyah yang ikhlas kepada Allah. laitu 'ana' yang tahu bahawa dialah hamba Allah dan patuh kepada tuhan yang disembahnya. la juga memahami bahawa hakikatnya adalah seperti hakikat 'huruf yang hanya memberikan makna kepada yang lain. la beriktikad bahawa kewujudannya bersifat mengikut, iaitu kewujudannya ada kerana kewujudan sesuatu lain yang mengadakan-nya. la juga mengetahui bahawa pemilikannya terhadap sesuatu hanyalah khayalan sahaja, iaitu pemilikannya hanya bersifat sementara, pada zahir sahaja dia memiliki dengan keizman yang diberikan oleh pemilik sebenar. Hakikatnya hanyalah bayangan, bukan asli, iaitu ia merupakan makhluk yang bersifat harus sahaja kewujudannya dan lemah, serta ia menjadi bayangan lemah yang membalikkan penjelmaan bagi satu hakikat zat yang wajib wujud lagi bersifat benar (haq). Tugasnya pula ialah melakukan ketaatan kepada tuannya, dengan ketaatan penuh perasaan yang sempurna, kerana ia menjadi neraca untuk mengetahui sifat-sifat penciptanya dan sukatan atau ukuran untuk memahami hal ehwal-Nya.
Begitulah sudut pandangan para nabi dan rasul (a.s), serta golongan asfiya' dan awliya' yang mengikut mereka, terhadap 'ana'. Mereka menyaksikannya berdasarkan hakikatnya itu. Lalu mereka menemui hakikat yang sebenar. Mereka menyerahkan kerajaan seluruhnya kepada Tuhan yang memiliki kerajaan lagi maha agung. Mereka semua mengaku bahawa tuhan tersebut tidak mempunyai rakan kongsi, bandingan dan umpama, pada rububiyah dan pada uluhiyah-Nya. Dia-lah tuhan yang mengatasi segala-galanya dan tidak memerlukan apa-apa. Dia tidak mempunyai penolong dan menteri. Pada tangan-Nya terdapat punca segala sesuatu dan Dia amat berkuasa ke atas segala-galanya. Sebab-sebab yang ada, hanyalah langsir dan hijab zahir yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Tabiat hanyalah syariat-Nya yang sejadi dan sekumpulan undang-undangnya yang berjalan di dunia ini, sebagai menzahirkan kekuasaan dan kebesaran-Nya.
Sudut yang bercahaya dan indah ini, adalah seperti sebiji benih hidup yang mempunyai maksud dan hikrnat tertentu. Daripadanya, Allah (s.w.t) menciptakan pohon tuba al-cubudiyah. Dahan-dahannya yang berkat terjulur ke seluruh dunia kemanusiaan dan menghiasinya dengan buah-buahan yang enak dan gemilang, serta menghapuskan kegelapan masa lampau seluruhnya. la juga membuktikan dengan sesungguhnya bahawa zaman yang lampau itu bukanlah sebuah perkuburan luas lagi menakutkan dan medan untuk melakukan hukuman bunuh yang menggerunkan sebagaimana dipandang oleh falsafah, bahkan ia men-jadi sebuah taman daripada taman-taman cahaya, bagi roh-roh yang telah mencampakkan bebanannya yang berat untuk membebaskan diri meninggalkan dunia. la adalah paksi putaran cahaya dan tangga ber-cahaya yang mempunyai tingkat-tingkat yang berbeza bagi roh-roh yang ingin kembali berpindah ke dunia akhirat dan kepada masa depan yang gemilang dan kebahagiaan yang abadi.