Sudut kedua pula yang diambil oleh falsafah yang memandang kepada 'ana' berdasarkan maknanya dari segi 'ism' (kata namanya) sendiri. laitu dengan ia mengatakan bahawa 'ana' menunjukkan kepada makna yang ada pada dirinya sendiri.
Falsafah memutuskan bahawa makna perkataan 'ana* terdapat pada dirinya sendiri dan ia bekerja untuk kepentmgan dirinya sahaja. la juga menerima bahawa kewujudan 'ana' itu asli dan berdiri dengan sendirinya, bukan sekadar bayangan sahaja. la mempunyai kepenbadian yang tersendiri khusus untuknya.
la juga mendakwa bahawa 'ana' mempunyai hak dalam kehidupan, bahawa dia menjadi pemilik hakiki di dalam batasan sempadan pengurusannya dan ia menyangka bahawa dakwaannya itu merupakan sesuatu yang hakikat dan dapat dibuktikan.
la juga memahami bahawa tugasnya ialah berusaha untuk melakukan peningkatan dan penyempurnaan diri, yang lahir dahpada kecintaannya kepada dirinya sendiri.Demikianlah mereka menyandarkan laluan mereka di atas dasar yang banyak dan rosak. Mereka membinanya di atas asas-asas yang runtuh dan lemah itu. Kami telah membuktikan dengan pasti, tentang sejauh mana keremehan dan kerosakan asas-asas tersebut di dalam banyak risalah kami, terutamanya dalam al-Kalimat dan terutamanya lagi dalam Kalimah Kedua Belas dan Kalimah Kedua Puluh Lima yang khusus membicarakan mukjizat-mukjizat al-Qur'an.
Para pembesar, perintis dan pelopor falsafah seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina dan al-Farabi telah beriktikad - berdasarkaij asas-asas yang rosak itu - bahawa matlamat terakhir bagi kesempumaan kemanusiaan ialah 'menyerupakan diri' dengan yang wajib wujud, iaitu Tuhan Yang Maha Mencipta. Mereka menamakan ini sebagai hukum pemerintahan Fir'aun yang melampaui batasan. Mereka menyediakan jalan bagi kebanyakan golongan-golongan yang terseret ke dalatn berbagai-bagai jenis kesyirikan seperti penyembah sebab, penyembah berhala, pe-nyembah tabi'i (nature) dan penyembah bintang, dengan membangkit-kan 'keakuan' agar berjalan bebas di lembah-lembah syirik dan ke-sesatan. Mereka menutup jalan ke arah ubudiyah kepada Allah. Mereka mengunci pintu-pintu kelemahan, kedaifan, kefakiran, kemiskinan, keperluan dan kekurangan yang terdapat dalam fitrah manusia. Lalu mereka sesat di dalam lumpur semula jadi, sama sekali tidak selamat daripada paya kesyirikan dan tidak mendapat panduan ke arah pintu kesyukuran yang luas itu.