Tetapi jika 'ana' itu lupa kepada hikmat penciptaannya, lalu melihat kepada dirinya dengan makna namanya sahaja, dengan meninggalkan tugasnya yang fitri itu, dengan mengiktikadkan bahawa dia itu pemilik, maka dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan termasuk ke dalam golongan orang yang telah diberikan amaran oleh Allah melalui frman-Nya:Maksudnya: "Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). "
(Al-Shams 91:9)
Demikianlah. Sesungguhnya ketakutan langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikul amanah dan kegerunan mereka terhadap syirik yang diandaikan berlaku, terbit dahpada sudut 'keakuan' ini yang melahirkan segala jenis kesyirikan, kejahatan dan kesesatan.
Ya! Sesungguhnya cana', sekalipun hanya memiliki huruf alif yang lembut, benang yang halus dan garisan yang diandaikan kewujudannya, tetapi jika hakikatnya tidak diketahui, ia akan membesar secara ter-sembunyi - umpama biji benih yang membesar di dalam tanah - sedikit demi sedikit, sehingga tersebar di seluruh kewujudan manusia, lalu menelannya (kemanusiaan) umpama seekor ular yang besar.
Lalu seluruh manusia itu, dengan semua perasaan dalamannya menjadi hakikat 'ana'. Kemudian 'keakuan' terhadap jenis manusia akan mula meniupkan semangat perkauman dan asabiyah, sehingga semangat itu menjadi bertambah teguh dengan bersandarkan 'keakuan' itu dan akhirnya ia menjadi seperti syaitan yang direjam dengan mencabar dan menentang segala perintah Allah. Kemudian dia mula mengukur dan menyukat semua manusia, bahkan setiap benda terhadap dirinya berdasarkan hawa nafsunya. Dia membahagi-bahagikan kerajaan Allah kepada benda-benda tersebut dan kepada sebab-sebab yang menyebabkan dia terjatuh ke dalam lembah kesyirikan yang besar, sebagaimana yang tergambar dengan jelas dari pengertian makna firman Allah (s.w.t):Maksudnya: "Sesungguhnyaperbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. " (Luqman 31:13)
Bandingannya sama dengan seseorang yang mencuri empat puluh dirham daripada harta kerajaan, maka dia terpaksa memberikan satu dirham kepada setiap kawan yang hadir bersamanya agar mereka merelakan perbuatan mahu curinya itu. Begitu juga orang yang berkata: "Aku pemilik diriku", dia pasti akan berkata dan mempercayai bahawa segala sesuatu merupakan milik dirinya!