Sesungguh Allah (a.w.j) telah meletakkan satu amanah pada tangan manusia, iaitu 'ana' yang mengandungi beberapa isyarat.dan contoh yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui beberapa hakikat sifat rububiyah Allah dan hal ehwal-Nya yang mulia lagi suci. Atau dengan kata-kata lain, 'ana' menjadi satu unit sukatan atau ukuran untuk mengetahui sifat-sifat dan hal ehwal rububiyah dan uluhiyah Allah (s.w.t).
Sebagaimana yang dimaklumi, sesuatu unit sukatan atau ukuran tidak semestinya wujud dari segi hakikat. Bahkan mungkin sesuatu unit sukatan dan ukuran itu ditetapkan berdasarkan andaian dan khayalan semata-mata, sebagaimana gansan-gansan yang diandaikan dalam ilmu kejuruteraan. Maksudnya 'ana' tidak semestinya mempunyai kewujudan yang hakiki, iaitu diketahui dan dipastikan.Soalan: Kenapakah makrifat kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah berhubung dengan 'keakuan' (ananiyah) (Yang dimaksudkan di sini bukanlah sifat keakuan yang tercela itu, tetapi perkataan ini diambil daripada perkataan 'ana' yang bermaksud saya atau aku.) manusia?Jawapan: Sesuatu yang mutlak dan meliputi segala sesuatu, tidak mempunyai batas sempadan dan penamatan. la tidak boleh diberikan suatu bentuk dan hukum tertentu, kerana ia tidak mempunyai kewujudan sesuatu bentuk yang menentukan bentuk gambarannya. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh dimengerti.Sebagai contoh: Cahaya yang wujud secara berpanjangan dan terus-menerus, tidak diselangi oleh kegelapan, tidak dapat dirasai dan diketahui kewujudannya, melainkan apabila dibatasi dengan kegelapan, sama ada yang berbentuk hakiki atau pada anggapan sahaja.Demikianlah juga keadaannya dengan sifat-sifat Allah (s.w.t) seperti ilmu dan kudrat, dan nama-nama-Nya yang baik (al-asma' al-husna) seperti Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani, kerana ia adalah mutlak, tidak mempunyai batas sempadan dan meliputi segala sesuatu. Tiada sekutu dan sebanding dengannya. la tidak mungkin diliputi atau dibatasi dengan sesuatu. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh diketahui dan tidak dirasakan kewujudannya.