'Ana' di alam yang kecil (iaitu alam manusia), sama dengan semula jadi (nature} di maya yang luas. Kedua-duanya merupakan taghut. Pirman Allah (s.w.t)
Maksudnya: "Z)a« orang-orang yang kajlr berkata: "Hari kiamat ilu tidak akan datang kepada kami. " Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib! Hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. " Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debit yang ada di langit atau di bumi dan tidak adayang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. " (Saba' 34:3)
Tujuan mi menjelaskan secebis zarah daripada khazanah agung bagi ayat tersebut. laitu la menjelaskan permata yang dikandungi oleh peti kecil zarah tersebut. la juga menyentuh sebahagian yang amat kecil danpada pergerakan dan tugas sesuatu zarah. Ini dijelaskan di dalam tiga noktah dan didahului oleh mukadimah.
Mukadimah
Perubahan dan perlegaran zarah-zarah merupakan gambaran kepada gegaran dan perpindahannya ketika berlaku penulisan kalam kekuasaan Ilahi bagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang berbentuk (kejadian) (takwini) pada kitab alam ini. la bukanlah seb gaimana yang disangka-kan oleh golongan materialis dan naturalis yang mengatakan bahawa ia menjadi mainan 'kebetulan' melalui pergerakan 'tak tentu' yang tidak mempunyai sebarang makna dan tujuan. Ini kerana setiap zarah akan berkata pada permulaan pergerakannya: "Bismillah", sebagaimana yang diucapkan oleh sekalian benda yang wujud. Juga kerana zarah itu memikul bebanan-bebanan yang keberatannya jauh melebihi daripada kemampuannya yang terbatas. Seperti biji benih pohon pain yang memikul batang pohonnya yang besar di atas bahunya. Kemudian setelah selesai melaksanakan tugasnya, ia berkata: "Alhamdulillah", kerana ia menzahirkan kesan yang indah, seolah-olah ia mengungkap-kan satu kasidah yang cemerlang untuk memuji Tuhan Pencipta Yang Maha Mulia, kerana keindahan kualiti yang terdapat di dalam ciptaan-Nya, serta keindahan gambaran yang menunjukkan pengertian men-dalam yang dibingungi oleh akal. Jika anda mahu, anda boleh melihat buah delima dan jagung dengan mendalam.
Ya! Sesungguhnya perubahan dan perpindahan zarah-zarah, merupakan pergerakan dan gegaran yang mempunyai pengertian yang mendalam. la lahir daripada penulisan kalimah-kalimah kekuasaan Ilahi dan pemadamannya pada papan (lawh) pemadaman dan penetapan (al-mahw wa al-ithbat), yang merupakan hakikat zaman yang sentiasa berjalan dan lembarannya yang mithali.