Kata Pengantar | Kata Pengantar | 23
(1-50)

Papan pemadaman dan penetapan pula menjadi rekod yang sentiasa berubah daripada loh mahfuz yang lebih besar, sabit dan berpanjangan. Papan penulisan dan pemadaman (al-kitabah wa al-mahw) pula berada di dalam kawasan benda-benda mumkinat (bukan wajib al-wujud), yakni 1 merupakan rckod bagi benda-benda yang sentiasa terdedah kepada mati dan hidup, kepada kebmasaan dan kehidupan. kerana inilah hakikat masa (zaman). Ya! Sebagaimana setiap benda mcmpunyai hakikatnya, maka hakikat apa yang kita namakan sebagai zaman yang sentiasa berjalan bagaikan sebuah sungai besar di dalam alam ini, sebenamya la sama dengan sehelai kertas dan dakwat yang digunakan bagt menulis al-qudrah al-ilahiyah di atas papan pemadaman dan penetapan. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib. - Pengarang. ) 

Noktah Pertama

Mengandungi Dua Perbahasan

Perbahasan Pertama

Apabila setiap zarah bergerak dan diam, terpancar dua cahaya tauhid. Kedua-duanya ibarat matahari yang memancar. Kami telah mem-buktikan dengan ringkas dan penuh keyakinan dalam Isyarat Pertama daripada Kalimah Kesepuluh dan kami menjelaskan lagi dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, bahawa jika setiap zarah itu tidak di-perintah dengan perintah-perintah daripada Allah (s.w.t.) dan jika ia tidak bergerak dengan keizinan dan perbuatan-Nya dan jika ia tidak berubah dengan ilmu dan kudrat-Nya, nescaya pasti setiap zarah itu mempunyai ilmu yang tidak berkesudahan, kudrat yang tidak ber-sempadan, penglihatan yang melihat segala sesuatu, wajah (sudut) yang dengannya ia menghadapkan mukanya kepada segala sesuatu dan perintah yang terlaksana pada segala sesuatu.

No Voice