Ini adalah kerana setiap zarah sesuatu bekerja - atau boleh bekerja -melakukan pekerjaan yang tersusun di dalam jisim setiap benda hidup. Perlu disebutkan di sini bahawa sistem setiap benda dan undang-undang penyusunannya berbeza antara satu sama lain. Sesuatu tidak boleh dilakukan selagi tidak diketahui sistemnya. Jika zarahnya tetap melakukan sesuatu (dalam keadaan tidak mengetahui sistemnya) pasti ia akan melakukan kesalahan. Tetapi apa yang berlaku, kita mendapati bahawa segala pekerjaan dilakukan tanpa berlaku kesilapan. Jadi mungkm zarah tersebut bekerja mengikut perintah orang yang memiliki ilmu yang meliputi segala sesuatu dan dengan keizinan, ilmu serta iradah-Nya atau mungkin juga zarah itu sama-sama mempunyai ilmu yang meliputi dan kudrah yang mutlak!
Setiap molekul udara, mampu untuk memasuki badan setiap benda hidup, buah, bunga dan binaan daun, serta bekerja di dalamnya, sedangkan binaan dan susunan sistem setiap benda tersebut berbeza antara satu sama lain. Kalaulah kilang buah tin - misalnya - serupa dengan kilang tekstil, nescaya kilang buah delima juga sama dengan kilang membuat gula. Sedangkan reka bentuk dan binaan kilang kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.
Molekul-molekul udara ini masuk atau boleh masuk ke dalam setiap daripada benda-benda tadi dan dengan penuh kemahiran dan kebijaksanaan, ia boleh bekerja dan mengambil kedudukan tertentu di dalamnya. Kemudian setelah tugasnya selesai, ia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan tugasnya.
Demikianlah keadaan molekul yang bergerak di udara yang juga bergerak. la hanya berada di dalam salah satu danpada dua keadaan sahaja. Sama ada ia mengetahui gambaran-gambaran yang dipakaikan kepada semua jenis binatang dan tumbuh-tumbuhan, buah-bur.han dan bunga-bungaannya dan mengetahui juga sukatan serta kadar setiap benda itu dan reka bentuk binaannya, atau molekul itu diperintahkan melalui satu perintah yang datang daripada seseorang yang mengetahui segala perkara tersebut dan bekerja berdasarkan iradah-Nya.