Kedua: Sesungguhnya Tuhan yang memiliki kerajaan dan kebesaran telah mencipta dunia ini - terutamanya per-mukaan bumi ini - dalam bentuk sebuah ladang yang besar. Dia mempersiapkannya supaya dapat menerima pem-besaran segala hasil mahsul, pembesaran segala makhluk yang wujud, pertukaran keadaannya dan perkembangannya. Atau dengan kata lain, Dia mempersiapkan bumi ini untuk discmai dengan mukjizat-mukjizat kudrat-Nya yang tidak berpenghujung dan kemudian untuk menuai hasilnya.
Pada setiap zaman, pada setiap musim, pada setiap bulan, pada setiap hari, bahkan pada setiap detik, Allah (s.w.t) menonjolkan beberapa makhluk baru bagi memperlihatkan mukjizat kudrat-Nya. Allah memberikan pelbagai peng-hasilan baru kepada permukaan bumi ini dengan meng-gerak dan menugaskan zarah-zarah berdasarkan kebijak-sanaan yang sempuraa dan sistem yang kemas. Dengan gerakan zarah-zarah ini, Allah (s.w.t) menjelaskan hadiah-hadiah kerahmatan-Nya yang lahir daripada khazanah-Nya dan model-model mukjizat kudrat-Nya yang tidak pernah kenng serta kehabisan.
Ketiga: Allah (s.w.t) menggerak dan mempergunakan zarah-zarah dengan kebijaksanaan yang sempurna pada beberapa tugasan yang tersusun, bagi menampilkan keindahan sekalian makhluk yang wujud, agar nama-nama Allah yang baik itu (al-asma' al-husnd) sentiasa menggambarkan penjelmaan pengertiannya yang tidak berpenghujung. Oleh itu, di suatu tempat yang sempit, Allah (s.w.t) menonjolkan gambaran-gambaran keindahan tidak terbatas yang me-nunjukkan penjelmaan-penjelmaan yang tidak ber-penghujung itu dan Dia menulis bilangan yang tidak terhingga bagi tanda kekuasaan-Nya, terbentuk di atas sekeping lembaran yang sempit, yang menjelaskan pengertian-pengertian tinggi yang tidak terhad.
Ya! Penghasilan tahun lalu dan tahun ini dari segi hakikat-nya adalah sama, namun pengertian serta petunjukan yang tersirat di sebaliknya amat berlainan sama sekali. Kerana berlakunya pertukaran 'penentuan perkiraan' akan me-nyebabkan berlakunya pertukaran pengertian, dengan ia bertambah dan menjadi lebih banyak. Meskipun 'penentuan perkiraan' dan penampilan sementara merupakan per-ubahan yang kedua-duanya akan binasa pada zahirnya, tetapi pengertiannya rtu karan yang indah sentiasa ter-pelihara dan berkekalan selamanya.
Daun-daun, bunga-bungaan dan buah-buahan sesuatu pokok yang terbit pada musim bunga tahun lalu - kerana la tidak mempunyai roh seperti manusia - merupakan daun, bunga dan buah yang terbit pada musim bunga tahun ini, jika dipandang dari sudut hakikat, sekalipun ada perbezaan dari sudut penempatan kepada penampilan tersebut.