Mereka mendakwa - pada hakikatnya - bahawa semua zarah yang bergerak itu bergerak dalam kemabukan dan ketidaksedaran rabbani dalam dua dimensi, secara menegak dan mengikut pernafasan. Zarah-zarah tersebut sebenarnya bergerak sebagaimana seorang murid berzikir dan bertasbih sehingga berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Jadi pergerakan-pergerakan yang terhasil berlaku dengan sendiri. la menari dan berpusing-pusing dalam keadaan kebingungan.
Dari sini, kita mengambil kesimpulan bahawa ilmu para ahli falsafah sebenarnya bukanlah ilmu, bahkan ia merupakan kejahilan. Hikmat mereka juga ialah perkara karut yang kosong daripada memiliki sebarang hikmat!
(Kami akan menyebut hikmat keenam secara terperinci di dalam noktah ketiga)
Noktah Kedua
Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya.
Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan Allah (s.w.t).
la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.
Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.