Kata Pengantar | Kata Pengantar | 33
(1-50)

Noktah Ketiga

Noktah ini merupakan isyarat kepada hikmat keenam yang agung, seperti yang dijanjikan pada penghujung noktah pertama.

Pada Kalimah Kedua Puluh Lapan yang lalu, telah disebutkan pada catatan bawah pertanyaan kedua:

Bahawa terdapat satu lagi hikmat daripada ribuan hikmat yang terkandung dalam pertukaran zarah dan pergerakannya pada jasad-jasad yang mempunyai kehidupan, iaitu pemberian cahaya kepada zarah tersebut dengan ouh (kehidupan) dan pemberian kehidupan yang bermakna agar zarah itu sesuai bagi pembinaan alam akhirat.

Ya! Semua benda hidup, sama ada haiwan ataupun manusia, bahkan tumbuh-tumbuhan sekalipun menjadi tuan rumah, pusat latihan dan sekolah pendidikan bagi zarah tersebut mendapat tunjuk ajar dan arahan. Zarah yang beku itu memasuki setiap tempat, lalu ia bercahaya, seolah-olah ia menerima segala kursus, latihan, arahan dan taklimat, dengan itu ia menjadi lembut (menurut). Melalui pelaksanaan segala tugas yang dipikulkan ke atasnya, ia mendapat kelayakan dan kemampuan untuk menjadi zarah yang akan membentuk alam baqa' dan alam akhirat yang mempunyai kehidupan yang sebenar dan mencakupi segala komponennya.

Pertanyaan: Bagaimana kewujudan hikmat ini diketahui pada pergerakan zarah tersebut?

Jawapan:

Pertama:   Kewujudannya diketahui melalui hikmat kebijaksanaan Allah Yang Maha Bijaksana. Hikmat itu sabit dengan sistem-sistem yang berjalan pada seluruh mawjudat dan dengan hikmat-hikmat yang terkandung di dalamnya. Kerana hikmat Ilahiyah yang memberikan hikmat yang amat banyak kepada satu juzuk yang kecil, sudah pasti ia tidak akan meninggalkan gerakan-gerakan zarah begitu sahaja tanpa sebarang hikmat di sebaliknya! Itulah pergerakan yang berlaku pada gerakan seluruh benda yang ada, yang menonjolkan kesannya yang besar pada kewujudan dan merupakan sebab kepada penonjolan keindahan-keindahan yang dipenuhi dengan kebijaksanaan.

No Voice