Perkataan pendek | Perkataan pendek | 27
(1-69)

 “Tidak! Siapa sultan?! Aku tidak akan menjual milikku. Aku tidak akan merosakkan keghairanku untuk bergembira!”

 

Hari-hari berlalu.. Lelaki pertama mendapat kedudukan tinggi yang dicemburui oleh orang ramai, kerana dia tinggal di tengah-tengah kemakmuran istana sultan. Dia mendapat kenikmatan daripada sifat kasih sayang sultan dan sentiasa berada di atas bangku-bangku kelebihan baginda. Manakala lelaki kedua pula diberikan bala bencana sehingga semua orang meratapi keadaannya, meskipun mereka berkata: “Memang dia berhak menerimanya.” Kerana dialah yang membenamkan dirinya dalam kepahitan azab sebagai balasan terhadap kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu, keghairahannya untuk bergembira tidak kekal lama, begitu juga dengan pemilikannya.

 

Wahai jiwaku yang terpedaya!

 

Lihatlah melalui pandangan cerita ini kepada wajah hakikat yang sebenarnya. Sultan yang dimaksudkan dalam cerita di atas adalah sultan azali dan abadi, iaitu tuhanmu dan penciptamu. Ladang, mesin, peralatan dan neraca timbangan ialah milikmu di atas muka dunia ini yang terdiri daripada tubuh badan, ruh dan hati, serta pendengaran, penglihatan, akal dan khayalan yang terdapat padanya, atau ia adalah segala panca indera mu yang zahir dan batin. Manakala orang utusan itu pula ialah Sayyidina Muhammad saw. Perintah sultan yang tegas itu pula ialah al-Quran yang telah mengisytiharkan jual beli dan perniagaan yang menguntungkan itu melalui ayat 111, surah al-Taubah:

No Voice