Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga.”
Manakala kawasan yang sentiasa huru hara dan peperangan yang menghancurkan itu pula adalah hal ehwal dunia ini, kerana tiada apa pun yang stabil dan tetap di atasnya. Semuanya adalah pertukaran dan perubahan yang menerjah manusia dengan satu persoalan:
“Semua yang kita miliki tidak stabil dan tidak kekal berada pada tangan kita, bahkan ia akan musnah dan hilang daripada kita. Tidakkah ada penawar atau ubat bagi keadaan ini? Tidakkah mungkin jika keberkekalan menempati dan menggantikan kemusnahan ini?”
Sedang manusia tenggelam dalam pemikiran ini, tiba-tiba dia mendengar gemaan suara al-Quran dari langit yang berdengung di seluruh ufuk membacakan ayat tersebut kepadanya. Ya! Memang terdapat penawar bagi penyakit tersebut. Bahkan ia hanyalah rawatan yang kecil, namun membawa keuntungan yang besar melalui
Pertanyaan: Apakah penawarnya?
Jawapan: Menjual barangan amanah kepada pemiliknya yang sebenar. Dalam jual beli ini terdapat