Perkataan pendek | Perkataan pendek | 31
(1-69)

Wahai lidah! Rasalah kemanisan. Di manakah kedudukan kilang dan kandang perut jika dibandingkan dengan kedudukan seorang nazir dan penjaga khazanah rahmat ilahi?

 

Jika engkau mahu, wahai saudaraku, bandingkanlah anggota dan pancaindera yang lain juga. Ketika itu, engkau akan faham bahawa sesungguhnya seseorang mukmin akan mendapat satu sifat khusus yang melayakkannya memasuki syurga, sebagaimana seseorang yang kafir akan memperoleh satu sifat khusus yang akan membawanya ke neraka. Mereka berdua diberikan balasan yang adil adalah kerana si mukmin menggunakan amanah yang diberikan oleh tuhannya dengan nama tuhannya dan di sempadan kawasan keredhaanNya serta berdasarkan keimanannya, manakala si kafir itu pula mengkhianati amanah dan menggunakannya bagi memenuhi tuntutan nafsu dan jiwanya yang ammarah bi as-su’ (sentiasa menyuruh melakukan kejahatan).

 

Keuntungan keempat: Sesungguhnya manusia adalah daif sedangkan musibah yang menimpanya banyak. Dia adalah fakir dan keperluannya semakin bertambah. Dia adalah lemah tetapi tanggungannya kehidupannya amat membebankan. Jika manusia ini tidak bertawakkal dan tidak bersandar kepada tuhan yang maha tinggi lagi maha berkuasa, jika dia tidak menyerahkan segala urusan kepadaNya dan tidak merasa tenang denganNya, maka dia akan terus mengalami kesakitan yang berterusan di dalam perasaannya. Penyesalan dan usahanya yang tidak mendatangkan hasil akan sentiasa mencekiknya sehingga menjadikannya sama ada seorang penjenayah yang kejam atau pemabuk yang melampau.

 

Keuntungan kelima: Adalah disepakati secara ijmak di kalangan ahl al-ikhtisas, al-shuhud, al-dhawq dan al-kashf bahawa ibadat, zikir dan tasbih yang dilakukan oleh anggota-anggota badan ketika ia beramal dalam batasan sempadan keredhaan Allah swt, akan bertukar menjadi buah-buahan syurga yang sedap dan lazat yang dihidangkan kepada anda ketika anda amat berhajat kepadanya.

No Voice