Demikianlah.. Dalam perniagaan ini terdapat keuntungan besar yang mengandungi
Kerugian pertama: Harta dan anak yang anda kasihi, hawa nafsu yang anda layani, kehidupan dunia serta zaman muda yang anda kagumkan, semuanya akan lenyap dan hilang. Ia juga akan meninggalkan sisa-sisa dan kesan-kesan dosa dan kesakitan yang tertanggung di atas belakang anda.
Kerugian kedua: Anda akan mendapat balasan sebagai seorang yang mengkhianati amanah. Kerana dengan penggunaan alat serta anggota yang paling berharga pada perkara yang paling hina, bererti anda telah menzalimi diri anda sendiri.
Kerugian ketiga: Anda telah melakukan pembohongan dan jenayah terhadap hikmat ilahi, kerana anda telah menjatuhkan segala peralatan kemanusiaan yang tinggi kedudukannya itu kepada darjat binatang ternakan, bahkan lebih rendah lagi.
Kerugian keempat: Anda akan sentiasa menyeru dengan kecelakaan dan kemusnahan. Anda akan sentiasa mengeluh akibat kejutan perpisahan, kehilangan dan injakan tanggungan kehidupan yang membebankan bahu anda yang sudah sememangnya lemah. Sedangkan kefakiran anda sudah sedia wujud dan kelemahan anda sentiasa berpanjangan.
Kerugian kelima: Sesungguhnya hadiah Allah yang indah seperti akal, hati, mata dan seumpamanya, tidak dianugerahkan kepada anda melainkan untuk menyediakan anda bagi membuka pintu-pintu kebahagiaan abadi. Oleh itu, alangkah besarnya kerugian anda jika hadiah-hadiah tersebut bertukar menjadi gambaran penderitaan yang membuka pula pintu-pintu neraka jahannam!