Perkataan pendek | Perkataan pendek | 35
(1-69)

Ketika Perang Dunia Pertama, seorang tentera telah ditimpa kecelakaan dan berada dalam keadaan kebingungan. Dia telah cedera dengan dua luka yang amat dalam di sebelah kanan dan kiri badannya. Di belakangnya pula terdapat seekor singa yang hampir menerkamnya. Di hadapannya pula terdapat tali gantung yang telah memusnahkan semua orang yang dikasihinya dan sedang menunggu untuk menggantungnya juga. Lebih dari itu, sebelum itu dia telah menjalani satu perjalanan yang jauh meskipun terpaksa berhadapan dengan situasi yang menyedihkan dan menyakitkan!.. Ketika lelaki yang sedang ditimpa bala bencana itu tenggelam berfikir terhadap nasib malang yang menimpanya, tiba-tiba muncul dari sebelah kanannya seorang lelaki seperti Nabi Allah Khidir a.s. dengan wajahnya yang bersinar dan menyapanya dengan berkata:

 

Janganlah engkau kecewa dan berputus asa. Aku akan mengajarkan engkau dua jampi. Jika engkau dapat menggunakannya dengan baik, singa yang ganas dan garang itu akan bertukar menjadi kuda yang baik dan dapat digunakan bagi memberikan khidmat kepada engkau. Manakala tali gantung itu pula akan bertukar menjadi buaian lembut yang merehat dan menenangkan engkau.. Aku akan memberikan kepadamu dua penawar dan ubat. Jika engkau menggunakannya dengan baik, ia akan menjadikan kedua-dua luka dan kecederaan engkau yang busuk itu menjadi dua kuntum bunga yang amat wangi. Aku juga akan membekalkan kepadamu sekeping tiket perjalanan yang dengannya engkau dapat menjalani satu jarak yang sepatutnya hanya dapat dilalui dalam tempoh setahun, tetapi engkau dapat melaluinya hanya dalam tempoh sehari sahaja, seolah-olah engkau terbang melaluinya! Jika engkau tidak percayakan kata-kataku, maka engkau cubalah sendiri sekali. Selepas itu, engkau akan meyakini kesahihan dan kebenarannya…

No Voice