Ia adalah tiket perjalananku dan satu tugas pejabat yang mesti saya laksanakan!
Koyakkan ia. Kita tidak perlu untuk melakukan perjalanan pada musim bunga yang indah ini!
Demikianlah bagaimana dengan segala tipudaya, lelaki itu
Ya. Manusia sering tertipu. Saya juga pernah ditipu oleh seseorang seperti lelaki itu!
Tiba-tiba berdengung suatu suara seperti guruh dari sebelah kanan si tentera itu memberikan amaran:
Awaslah engkau daripada tertipu.. Beritahu kepada si penipu yang celaka itu:
Jika engkau mampu membunuh singa yang sedang berlutut di belakangku ini, mengangkat serta membuang tali gantung di hadapanku ini, menyembuhkanku daripada dua luka dalam yang berada di sebelah kanan dan kiri tubuhku ini, dan menghalangku daripada perjalanan yang panjang dan memenatkan itu.. Ya, jika engkau mampu mewujudkan jalan keluar bagi semuanya itu, maka perlihatkanlah kepadaku. Berikanlah kepadaku apa yang ada di sisi engkau. Setelah itu, barulah engkau boleh mengajakku untuk berhibur dan bergembira. Jika tidak, diamlah sahaja wahai si bodoh. Biarkanlah lelaki yang mulia ini -yang menyerupai Nabi Khidir- bercakap apa sahaja yang dikehendakinya.