Manakala dua rawatan itu pula ialah:
Salah satu daripadanya adalah tawakkal kepada Allah dan bersifat dengan sabar, iaitu bersandar kepada kudrat Tuhan yang maha mencipta lagi maha pemurah, serta percaya dengan penuh yakin (thiqah) dengan kebijaksanaanNya.
Adakah ia begitu?
Ya, sesungguhnya sesiapa yang bersandar dan bergantung kepada identiti ‘kelemahannya’ atau keberhajatannya kepada sultan alam ini yang ditanganNya terdapat perintah kun fayakun, maka bagaimanakah dia boleh merasa gelisah dan gundah gelana? Bahkan dia tetap akan cekal berhadapan dengan segala musibah, dalam keadaan penuh yakin kepada Allah tuhannya, lapang fikirannya dan tenang hatinya dengan sentiasa mengulangi perkataan:
Ya, orang yang arif dengan Allah akan merasa lazat dengan kelemahan dan ketakutannya kepada Allah swt. Memang besar, dalam ketakutan terdapat kelazatan. Jika dapat diandaikan bahawa kita boleh bertanya kepada seorang kanak-kanak yang hanya berumur setahun dan dia pula sudah berakal dan boleh bercakap, lalu kita bertanyakan kepadanya soalan: Apakah keadaan engkau yang paling baik dan lazat? Mungkin jawapannya ialah: Iaitu ketika dia berada dalam dakapan ibunya yang penyayang dan dia pula sedang dalam ketakutan, pengharapan dan kelemahan.. Perlu dinyatakan, bahawa kasih sayang semua para ibu hanyalah sekelumit cuma daripada jelmaan kasih sayang dan rahmat Ilahi yang maha luas itu.