Lalu tentera itu mencuba sebahagiaan daripadanya, lalu dia dapati apa yang diperkatakan itu adalah benar dan sahih.
Ya. Saya juga demikian. Si Sa’id yang miskin ini juga membenarkannya. Kerana saya telah mengalami sebahagian daripadanya sekali, lalu saya dapati ia adalah benar sebenar-benarnya.
Kemudian, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki lain yang kelihatan suka bermain-main dan pintar melakukan tipudaya, seolah-olah dia adalah syaitan mendatanginya dari sebelah kiri dengan perhiasan yang mewah, penampilan yang menarik dan menggiurkan. Lelaki itu berdiri di hadapannya dan berkata:
Mari kemari wahai saudaraku. Marilah sama-sama kita berhibur menikmati gambar perempuan-perempuan yang cantik ini. Marilah kita mendengar pelbagai jenis nyanyian dan menikmati kelazatan makanan-makanan ini.. Tetapi kenapakah mulut engkau kelihatan berkomat kamit? Apakah yang engkau bacakan?
Ia adalah jampi!
Tinggalkan saja benda-benda yang tidak jelas itu. Janganlah engkau keruhkan kejernihan kelazatan dan kejinakan kenikmatan yang sedang kita kecapi sekarang.. Apa pula yang terdapat pada tangan engkau?
Ia adalah ubat!
Buangkan ia jauh-jauh. Engkau sihat dan tidak ada apa-apa penyakit. Kita pula sekarang sedang berada dalam situasi kegembiraan, kejinakan dan kenikmatan. Kad apakah ini? Kenapa terdapat