Perkataan pendek | Perkataan pendek | 33
(1-69)

Sekarang.. Mari kita lihat kepada jualbeli itu sendiri. Adakah ia berat dan sukar lagi memenatkan, sehingga menyebabkan ramai yang melarikan diri daripadanya?

 

Sama sekali tidak. Tiada kepenatan dan bebanan sama sekali. Kerana daerah perkara halal amat luas memadai untuk mendapat kerehatan, kebahagiaan dan kegembiraan. Tidak perlu kepada mendapatkan yang haram.

 

Manakala kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah swt pula adalah amat ringan dan kecil. Di samping ubudiyyah kepada Allah itu sendiri adalah suatu kemuliaan agung kerana ia bermakna menjadi jundi (tentera) pada jalan Allah swt yang padanya terdapat kelazatan dan kerehatan perasaan yang tidak dapat digambarkan.

 

Oleh itu, anda berkewajipan untuk menjadi si jundi itu. Anda hendaklah memulakan dengan segalanya dengan nama Allah, bekerja dengan nama Allah, mengambil dan memberi demi keranaNya semata-mata, bergerak dan diam dalam daerah keredhan dan perintahNya sahaja. Jika berlaku kecuaian, maka di hadapan anda terdapat pintu istighfar. Bertadarru’lah kepada Allah dengan berkata:

 

“Ya Allah! Ampunkanlah segala kesalahan kami. Terimalah kami dari kalangan hambaMu. Jadikanlah kami sebagai orang yang amanah terhadap apa yang Engkau amanahkan kepada kami sehingga kami bertemu denganMu nanti. Amin.”

No Voice