Kalimah Ketujuh
Aku beriman dengan Allah dan hari akhirat
Jika anda ingin memahami betapa beriman dengan Allah dan hari akhirat merupakan dua kunci paling berharga yang dapat merungkaikan teka teki alam ini dan membuka pintu kebahagiaan dan kesentosaan di hadapan ruh manusia.. dan bagaimana sifat tawakkal manusia kepada tuhannya dengan penuh kesabaran serta bagaimana difat pengharapan daripada Tuhan yang maha memberi rezeki dengan penuh kesyukuran, merupakan rawatan yang paling berkesan dan menyembuhkan.. dan bahawa mendengar al-Quran dengan baik, patuh kepada hukum hakamnya, menunaikan sembahyang, meninggalkan maksiat… semuanya merupakan bekalan paling mahal, cahaya yang paling bersinar di dalam kubur, tiket yang paling mudah diperoleh bagi melalui perjalanan dalam menuju keabadian.. ya! Jika anda ingin memahami perkara ini semuanya, maka dengarlah cerita drama yang ringkas di bawah: