Manakala tiket perjalanan dan tugas pejabat itu pula ialah menunaikan segala kefarduan yang pertamanya adalah sembahyang
Apakah benar demikian?
Ya! Sesungguhnya seluruh ahl al-ikhtisas dan al-shuhud serta seluruh ahl al-dhawq dan al-kashf, yang terdiri daripada para ulama yang teliti dan para wali yang salih, mereka semua sepakat bahawa bekalan dalam perjalanan menuju keabadian, khazanah perjalanan yang panjang dan gelap itu, serta cahaya dan kilatannya hanyalah dalam mematuhi segala perintah al-Quran al-Karim dan menjauhi segala larangannya. Jika ini tidak dilakukan, maka ilmu, falsafah, kemahiran dan kebijaksaan sedikitpun tidak akan memberikan apa-apa manfaat dalam perjalanan tersebut. Bahkan semuanya akan terpadam cahayanya ketika tiba di pintu kubur.
Maka wahai jiwaku yang malas!
Alanglah ringannya mengerjakan sembahyang
Alangkah mudah dan rehatnya ia dibandingkan dengan faedah, hasil dan kepentinganya yang amat besar! Jika anda benar seorang pintar yang dapat memahami hakikat pertama ini. Katakanlah kepada orang yang menyeru anda kepada kefasikan, hiburan dan kebodohan dan kepada si syaitan yang keji dan penipu itu:
Jika engkau mempunyai alat untuk membunuh kematian.. menghilangkannya daripada dunia.. dan jika engkau mempunyai ubat untuk menghilangkan kelemahan dan kefakiran daripada kemanusiaan.. dan jika engkau mempunyai orang perantaraan untuk menutup pintu kubur selama-lamanya.. maka berikanlah ia kepadaku.. setelah itu bercakaplah apa sahaja, kerana aku akan mendengar dan mentaatinya.. Jika engkau tidak mampu melakukannya, membisu sahajalah. Sesungguhnya al-Quran al-Karim membaca tanda-tanda kekuasaan segala makhluk yang wujud dalam masjid alam raya ini.