Perkataan pendek | Perkataan pendek | 67
(1-69)
Dengan itu, dia memulakan sembahyangnya dengan membaca al-Fatihah yang bererti puji-pujian bagi tuhan sekalian alam, tuhan yang maha mulia lagi maha mengasihani, tuhan yang mempunyai kesempurnaan dan kekayaan mutlak. Bukan memuji makhluk-makhluk yang sedikitpun tidak ada faedah pada memujinya dan memang ia tidak layak untuk dipuji sama sekali, kerana ia hanya mempunyai kekurangan dan kemiskinan di samping pujina itu akan menyebabkan dia akan kekal berada dalam kehinaan kerana sentiasa diungkit dan mendapat kata-kata yang menyakitkan hati. Dengan itu dirinya akan meningkat menjadi seorang tetamu yang amat dimuliakan di alam yang luas ini, bahkan dia mendapat kedudukan seorang pegawai tinggi meskipun dia hanya seorang yang kerdil dan kecil bahkan tiada langsung. Ini semua disebabkan dia mendapat ketinggian kerana dia berkata (hanya kepadaMu kami menyembah) iaitu kerana dia menisbahkan dirinya kepada raja yang memiliki hari pembalasan dan sultan yang azali serta abadi. Dengan berkata (hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan) dia mengemukakan peribadatan dan permohonan kumpulan terbesar dan masyarakat majoriti seluruh makhluk demi memohon hidayah agar diberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Jalan lurus bercahaya yang menyampaikan kepada kebahagiaan abadi melalui kegelapan masa depan dengan berkata (tunjukilah kami jalan yang lurus). Seterusnya dia berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan memerhatikan bahawa segala matahari yang tersembunyi ini -yang seumpama tumbuhan dan haiwan yang sedang tidur sekarang- dan bintang yang sedang bergerak itu, adalah sebagai tentera yang taat dan dipermudahkan untuk melaksanakan perintah Allah. Setiap satu daripada matahari dan bintang ini hanyalah lampu bagi menerangi rumah tamu ini. Setiap satunya juga adalah khadam yang sedia berkhidmat. Lalu dia bertakbir dengan berkata (Allahu akbar) bagi melakukan rukuk. Kemudian ketika melakukan sujud terbesar mewakili seluruh makhluk, dia memerhatikan bagaimana segala benda yang wujud pada setiap tahun bahkan pada setiap masa -seperti makhluk-makhluk yang sedang tidur pada waktu malam ini- bahkan bumi dan alam itu sendiri, hanyalah seperti tentera yang tersusun yang sentiasa bersedia ketika ia dilepaskan daripada tugas keduniaannya hanya melalui arahan yang keluar daripada perkataan (kun fayakun), iaitu ketika ia dihantar ke alam ghaib.
No Voice