BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 33
(1-86)
Perhatikan firman Allah mengenai hal itu:

“ Maka perhatikanlah kesan-kesan dan rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya ( Tuhan Yang Berkuasa ) demikian benar-benar (berkuasa) menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” ( Surah al-Rum: 50 )

Ringkasnya tidak ada yang mustahil dalam masalah wujudnya hari kebangkitan. Malah ada banyak perkara yang menjelaskan kewujudan Hari Mahsyar.

Tuhan Yang Maha Mulia memberi kehidupan dan kematian bagi bumi yang luas dan seluruh isinya. Dia yang menciptakan bumi sebagai tempat yang menyenangkan ibarat kapal yang indah untuk mengangkut manusia mahupun haiwan ternakan. Dia yang membuatkan matahari terang bercahaya menyinari dunia. Dia yang membuat planet-planet menjadi wahana yang mengangkat malaikat-Nya. Tidak tidak dapat membatasi diri pada faktor sementara, unsur yang tidak beerti dan dapat berubah seaktu-waktu, tidak abadi, serba kekurangan dan seterusnya. Dengan kata lain Dia mempunyai kerajaan yang layak bagi-Nya yang kekal, abadi dan mulia. Dia juga mempunyai kerajaan lain dan kerana itulah Dia membuat kita bekerja memanggil kita. Semua yang bersemangat akan berhasil menembusi kulit luar dan sampai kepada inti kebenaran yang telah ditakdirkan dekat dengan kehadiran-Nya. Semua rohani yang menerima nur Ilahi dan semua yang memiliki kurnia kecerdasan akan dapat menyaksikan bahawa Dia akan memindahkan kita ke suatu tempat lain di sana. Semuanya menunjukkan kepada kita bahawa Dia telah mempersiapkan pahala dan ganjaran, dan bahawa telah berulang kali Dia memberikan janji-janji serta peringatan kepada kita.
Melanggar janji adalah kerana kerendahan budi dan ianya merupakan perilaku yang sangat memalukan. Perlanggaran janji tidak dapat diserasikan dengan kesucian Tuhan.
No Voice