BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 35
(1-86)
Tidak percaya kepada Tuhan adalah suatu dosa yang tidak dapat diampuni. Tidak percaya kepada Tuhan niaitu mengkufuri Tuhan beerti mengingkari segala ciptaan-Nya dan menganggapnya tidak mempunyai erti, nilai dan harga. Kekafiran adalah suatu penghinaan bagi Pencipta alam semesta dan beerti membohongi manifestasi Tuhan yang tercermin pada semua makhluk. Kekafiran beerti ingkar untuk hormat kepada-Nya serta menolak kesaksian yang diberikan oleh semua manusia. Kekafiran merosakkan potensi manusia sehingga tidak boleh diperbaiki. Kekafiran juga suatu tindakan yang bertentangan dengan keadilan dan pemikiran yang sihat dan melawan semua ciptaan Yang Maha Kuasa. Kekafiran tak dapat diampuni kerana jiwa orang kafir tak dapat ditebus dengan sebarang cara. Firman Allah menyatakan hal ini dengan tegas:
“Sesungguhnya mempersekutukan ( Allah ) itu adalah kezaliman yang besar.” (Surah al-Luqman:13)
Allah Yang Maha Kuasa adalah segala-galanya. Orang-orang beriman yang memberikan kesaksian dan bersetuju dengan hal pokok ini, walaupun mereka mungkin berbeza dalam sistem, tetapi kesamaan pendapat mereka itu sangat penting. Demikian pula dengan kualiti mereka, masing-masing merupakan panduan bagi kemanusiaan, pemimpin bagi rakyat, pujaan bagi negara. Mengingatkan pentingnya kedudukan mereka maka mereka adalah para pakar dan pemegang hak serta kuasa dalam hal tersebut.
Dalam bidang ilmu pengetahuan atau seni budaya, lebih baik ada dua pakar daripada ribuan orang awam. Lebih baik ada dua orang yang tegas dan positif sikapnya dibanding ribuan yang bersikap negatif. Misalnya, kesaksian orang yang tegas mengaku melihat bulan muncul pada awal Ramadhan. Dia telah menghapus keraguan dan pengingkaran ribuan orang.
Ringkasnya tak ada kesaksian yang lebih besar, tuntutan yang lebih tegas dan kebenaran yang lebih jelas daripada perihal Allah Taala, hari kebangkitan dan Padang Mahsyar. Dunia bagaikan sebuah ladang, Hari Mahsyar diumpamakan sebagai musim memetik hasilnya dan syurga dan neraka merupakan balasannya.

No Voice