BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 32
(1-86)
Setelah anda mengerti perumpamaan-perumpamaan di atas pandanglah persekitaran anda dan saksikanlah betapa Yang Maha Kuasa telah menukar pemandangan serba putih ( musim sejuk ) dengan pemandangan serba hijau ( musim bunga ). Dia menulis di atasa halaman permukaan bumi yang dihuni lebih dari 300 ribu jenis makhluk dengan pena “nasib baik” dan “nasib malang”. Yang satu tidak mengganggu yang lain. Dia menulis semua itu dengan teliti, satu terpisah dari yang lain. Tidak ada yang membingungkan dan tidak ada sebarang kesalahan dalam penulisan. Yang Maha Tahu, Dia-lah yang memasukkan jiwa ke dalam benih pohon besar yang berbentuk kecil. Jika demikian kekuasaan Allah Taala, adakah layak kita bertanya bagaimana Dia menyimpan roh mereka yang mati? Dia yang Maha Kuasa menyebabkan bumi berpusing bagaikan sebuah batu kerikil diikat tali. Oleh itu, layakkah kita bertanya bagaimana Dia mnjauhkan bumi untuk memudahkan jalan tetamu-Nya yang datang menghadap-Nya di hari kemudian?

Dia Yang Maha Terpuji mendaftar kembali makhluk-makhluk dalam askar-Nya dengan arahan dan disiplin yang tinggi. Maka patutkah kita bertanya bagaimana Dia sanggup membuat makhluk-makhluk itu tunduk menurut disiplin-Nya? Bagaimana Dia dapat mengumpulkan anggota-anggota tubuh sehingga dapat bergerak seperti jutaan askar dalam satu barisan?

“Jadilah! Maka jadilah ia!.” ( Kalimah ini muncul tujuh kali dalam Al-Quran )

Anda dapat melihat dengan mata kepala sendiri pola-pola yang dibuat-Nya menjadi tanda, tamsil dan bukti kebangkitan. Tanda- tanda itu ditempatkan pada saat-saat peralihan zaman dan waktu iaitu pada siang dan malam, di kala langit berawan atau mendung. Jika anda membayangkan diri hidup seribu tahun yang lalu, dan membandingkan zaman yang lampau itu dengan zaman akan datang, nescaya anda akan melihat perumpamaan Padang Mahsyar dan alam barzakh itu sebanyak jumlah abad dan hari. Maka andaikata setelah itu anda menganggap kebangkitan badaniah merupakan hal yang mustahil, ketahuilah bahawa anda belum menghayati falsafah kebenaran.
No Voice