BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 29
(1-86)
Kerugian pertama: Harta dan anak keturunan yang sangat kamu dambakan, jiwa dan aksinya yang kamu puja, usia muda dan kehidupan yang memabukkanmu, semua itu akan lenyap dan musnah. Tanganmu akan kosong. Yang tinggal hanyalah kesan-kesannya yang berupa penyakit dan dosa yang mesti kamu pikul terus-menerus.
Kerugian kedua: Kamu akan merasakan hukuman kerana mengkhianati keprecayaan atau amanah.
Kerugian ketiga: Kamu telah merugikan diri sendir kerana telah memakai peralatan paling mahal untuk perkara-perkara yang tak beerti.
Kerugian keempat: Oleh kerana kamu meremehkan semua kemampuan manusia sampai ke tingkat yang paling rendah dari binatang, maka sebenarnya kamu telah melanggar dan menghina kebijaksanaan Tuhan.
Kerugian kelima: Kamu telah memberi pakaian kumal sebagai ganti semua hadiah yang tak ternilai dari Yang Maha Kuasa seperti kecerdasn, jantung, hati, mata dan lidah. Hdiah ini dianugerahkan kepadamu supaya kamu mempersiapkan kehidupan yang kekal dan bahagia di hari kemudian. Tapi kerana usahamu itu sia-sia, maka layaklah pintu neraka yang terbuka menunggumu.
Oleh itu, sukarkah menjual harta itu? Begitu beratkah ia sehingga ramai orang takut menjualnya? Hal ini sama sekali tidak berat atau memberatkan! Kerana apa yang boleh ditanggung oleh manusia adalah begitu banyak dan sesuai dengan kemampuannya. Tidak perlu melanggar batasannya. Apa yang diwajibkan oleh Tuhan adalah begitu ringan dan tidak banyak jumlahnya. Adalah suatu kehormatan yang menggembirakan hati apabila kita menjadi hamba Allah dan tentera-Nya yang memberi serta mengambil atas nama-Nya juga. Bergerak dengan izin Allah dan berhenti apabila diperintahkan-Nya. Kalau kita membuat kesalahan mintalah keampunan dari Tuhan dengan berdoa, ”Ya Tuhan, ampunilah segala kesalahan kami dan terimalah kami sebagai hamba-Mu. Berilah kami keyakinan terhadap-Mu sampai datang hari perhitungan. Amin.”

No Voice