BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 30
(1-86)
5. BUKTI-BUKTI KEBANGKITAN

( Suatu bab tentang kurniaan Allah ke atas kehidupan dan kematian, tentang kewujudan nama Yang Maha Hidup dan Yang Maha Menguasai hidup dan mati )

Apakah mungkin bahawa Tuhan yang memberi kehidupan kepada bumi yang gersang ini yang menunjukkan kekuasaan-Nya, dan makhluk yang sama uniknya seperti manusia yang dengan penyebaran ini membuktikan pengetahuan-Nya yang teramat luas kerana Dia yang menciptakan keseragaaman dan perbezaan dalam bentuk yang menunjukkan kecemerlangan-Nya dalam mengatur segala ciptaan-Nya agar saling membantu dan bergerak menurut perintah dan kehendak-Nya iaitu bekerjasama dan berbakti mengabdi kepada-Nya. Dia yang menunjukkan kepada manusia bahawa mansuia lah ciptaan yang paling sempurna, paling berharga dan paling cerdik sehingga membuatkan makhluk lain tunduk kepadanya. Apakah mungkin bahawa Zat yang begitu Perkasa Lagi Maha Pencipta tidak mampu membuat kebangkitan? Tidak dapat mengumpulkan semula ciptaan-Nya? Tidak boleh menghidupkan kembali manusia? Tidak sanggup mengadakan Mahkamah Agung? Tidak dapat menciptakan syurga dan neraka? Sungguh jawapan ke atas semua pertanyaan itu adalah mustahil!

Sesungguhnya selama berabad-abad Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengatur kehidupan dunia ini telah menunjukkan berbagai tanda, contoh dan petunjuk di permukaan bumi ini bahawa kelak pada suatu waktu semua makhluk akan berkumpul di Padang Mahsyar dan dibangkitkan di alam barzakh.

Kita akan melihat semua makhluk berkumpul di Padang Mahsyar setiap saat. Dalam lima atau enam hari sahaja akan datang lebih dari tiga ratus ribu jenis binatang dan tanaman yang dikumpulkan semula lalu disebarkan. Akar pokok dan semak-semak serta pelbagai jenis binatang dihidupkan dan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Binatang lain diciptakan berulang dalam bentuk luarnya hampir menyerupai yang lama atau menjadi lain dari yang dahulu, dalam tempoh enam hari atau enam minggu sahaja.
No Voice