BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 31
(1-86)
Mereka dihidupkan kembali dalam jangkawaktu yang luar biasa cepatnya secara teratur dan terancang. Dapatkah Tuhan melakukan semua itu? Atau barangkali ada yang tidak dapat dilakukan oleh-Nya? Atau mustahilkah bagi-Nya menciptakan langit dan bumi dalam waktu enam hari sahaja? Mungkinkah Dia tidak mampu membangkitkan manusia dengan sekali kejutan sahaja? Jawapannya adalah mustahil! Mustahil perkara itu tidak dapat dilakukan-Nya!
Andaikata ada seorang pengarang yang berbakat yang dalam waktu satu jam sahaja dapat menulis tiga ratus ribu pucuk surat secara sempurna tanpa kesalahan atau alpa sedikitpun. Andaikata ada orang yang berani mengatakan bahawa pengarang itu dapat menuliskan kembali secara hafalan, dalam satu minit sahaja, suatu ayat dari bukunya yang terjatuh dan hanyut dalam sungai. Apakah anda akan mengatakan hal itu mustahil dan anda meragui kesanggupannya? Atau bayangkan ada seorang raja yang perkasa yang menunjukkan kekuasaannya dengan memberi perintah agar gunung-ganang dipindahkan atau meratakan istananya atau mengubah lautan menjadi daratan. Tiba-tiba anda malihat sebuah batu besar berguling menuruni lembah menghalangi jalan para tamu yang akan menghadiri kenduri raja.
Jika ada orang mengatakan kepada anda bahawa raja ynag berkuasa akan memindahkan batu besar itu dengan hanya satu perintah kerana dia tidak akan membiarkan tetamunya terbiar, apakah anda berani mengatakan bahawa dia tidak akan mampu memindahkan batu itu? Atau jika ada seorang pemimpin pada suatu hari harus mengerahkan barisan tentera yang besar jumlahnya dengan sekali tiupan trumpet sahaja, padahal tentera tersebut baru sahaja bersurai. Apakah anda akan meragui bahawa tentera dapat disusun kembali dengan penuh disiplin? Kalau anda berkata, “Saya tak percaya!” maka anda belum memahami hakikat kekuasaan Allah Taala.

No Voice