BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 28
(1-86)
Contoh lain ialah lidah iaitu deria rasa. Jika kamu tidak menjualnya kepada Allah Taala yang menjadikan kamu dan malah kamu memakainya untuk kepentingan perutmu sahaja, maka nilai lidah itu akan merosot ke tingkat penjaga pintu perut. Namun jika kamu menjualnya kepada Tuhan Yang Maha Pencipta, maka deria perasa itu akan naik ke tingkat pengawas yang terampil di dalam dapur kekuasaan Tuhan Yang Maha Kekal.

Wahai kecerdasan! Perhatikanlah baik-baik. Ada perbezaan antara akal yang menjadi penjaga pintu perut dengan akal yang menjaga harta Allah Yang Maha Pemurah!

Pertimbangkanlah semua ini. Nescaya kamu akan mengerti bahawa orang yang salih mempunyai akhlak yang layak memesukkannya ke dalam syurga, manakala orang kafir layak mendapat tempat di neraka. Mengapa demikian? Sebab orang beriman menyakini Yang Maha Pencipta serta menyembah-Nya, sedang si kafir mengkhianati kepercayaannya itu dan menggunakannya untuk kepentingan nafsunya.

Keuntungan keempat: Manusia itu lemah, daif dan sering menghadapi penyakit dan musibah. Manusia itu hina lagi papa walhal keperluannya sangat banyak. Beban hidup berat dipikulnya. Jika ia ingkar kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan tidak percaya kepada-Nya, maka hati nuraninya akan selalu digoda. Seksaan batin sesal dan aniaya akan sentiasa mencengkamnya dan meracuni jiwanya atau membuatnya berubah menjadi manusia jahat.

Keuntungan kelima: Mereka yang berpengetahuan luas dan terbuka baginya rahsia alam serta mereka yang dikurniai Tuhan melihat terhamparnya yang hak, mereka semua berpendapat bahawa ganjaran ke atas puji syukur kepada Tuhan yang dilakukan oleh makhluk Allah akan diberikan kepadamu pada waktu kamu sangat memerlukannya iaitu berupa syurga yang kenikmatannya tiada bandingan.

Jika kamu menolak keuntungan lima kali ganda ini, nescaya pahala dan keuntungan tesebut akan hilang darimu dan kamu akan menderita kerugian lima kali ganda pula seperti berikut:
No Voice