BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 25
(1-86)
Kamu miskin kerana tidak mempunyai hasil. Sehingga tidak mungkin dapat bagimu untuk menyediakan kos perbelanjaan tugas yang besar ini. Oleh itu, biarlah beta menanggung semua kos tersebut dan sekali lagi beta akan memberikan semua keuntungannya kepadamu. Kamu boleh menyimpannya sehingga keadaan aman semula. Lihatlah betapa mudahnya kamu kaan mendapat keuntungan. Tapi kalau kamu tidak menjual harta itu kepada beta, kamu akan lihat tidak seorang pun yang dapat mempertahankan apa yang dimilikinya. Dan kamu pun akan kehilangan apa yang kamu simpan selama ini. Semuanya akan hilang musnah dan kamu akan kehilangan harga tawaran beta yang paling tinggi ini. Peralatan berharga yang kamu miliki dan barang kemas yang menunggu masa untuk dipakai, semua nilai itu akan merosot. Kamu akan sibuk mengurus dan menjaga hartamu. Selain itu kamu juga akan mendapat hukuman kerana tidak menghargai kepercayaan orang. Lihatlah betapa banyak cara yang boleh membuatkan kamu ditimpa kerugian. Tambahan pula, kalau kamu mahu menjual hartamu kepada beta, kamu akan menjadi tentera beta dan kamu akan berjuang atas nama beta. Dengan demikian, kamu bukan lagi tentera biasa malah kamu adalah perwira raja agung yang dihormati.”

Setelah mendengar pesanan tersebut, yang cerdik di antara kedua hamba itu berkata, “Saya dengan senang hati akan menjual harta saya. Saya mengucapkan banyak terima kasih.”

Tetapi orang yang kedua mempunyai watak sombong, egois dan angkuh seperti Firaun, Raja Mesir. Dia mahu bertahan selama-lamanya di tas tanahnya. Ia tidak menghiraukan pesanan raja. Katanya, “Tidak! Siapa raja itu? Saya tidak mahu menjual hartaku. Saya tidak mahu merosakkan kenikmatanku.”
No Voice