BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 24
(1-86)
4. PERCAYA KEPADA MANUSIA
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” ( Surah at-Taubah: 111 ).
Tahukah engkau betapa banyak keuntungan yang engkau perolehi jika engkau mahu menjual jiwa dan hartamu kepada Allah, dan betapa mulianya menjadi hamba Allah dan tentera-Nya?
Ikutilah kisah di bawah ini.
Ada seorang raja mempercayakan kepada dua hambanya; masing-masing sebidang tanah lengkap dengan peralatannya iaitu kuda dan senjata. Ketika itu sering berlaku pertempuran dan keamanan langsung tidak terjamin.
Raja yang murah hati itu kemudiannya mengutus seorang utusan untuk menyampaikan pasannya kepada kedua hambanya. Pesan tersebut berbunyi:
“Juallah harta yang diserahkan kepadamu itu kepada beta supaya dapat beta menjaganya untukmu. Jangan biarkan harta itu musnah tanpa manfaat. Apabila perang telah berakhir, beta akan kembalikan harta tersebut dalam keadaan yang lebih baik lagi. Beta akan menganggap harta dan tanah yang diserahkan itu sebagai milik beta sendiri dan beta akan membayarnya dengan harga yang tinggi . Peralatan yang ada akan dipakai atas nama beta dan digunakan di bengkel beta. Sewanya akan beta naikkan seribu kali ganda. Kamu akan menerima segala keuntungannya.
No Voice