BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 21
(1-86)
Kesakitan juga bukanlah merupakan satu malapetaka seperti yang kita katakan di atas. Ia adalah petanda dari Tuhan dan merupakan suatu cara untuk melakukan penyempurnaan. Biasanya, orang berkata bahawa sebatang pokok jika digoyang-goyangkan akan menjatuhkan buah-buahnya yang masak. Dosa-dosa pun akan jatuh seperti buah-buahan itu apabila badan kita tergoncang oleh demam.
Nabi Ayub a.s. dalam doanya tidak memohon untuk kepentingan jiwanya. Beliau lebih banyak mencari ubat bagi penyakit lidah dan hatinya yang mneghalanginya dari memuji Tuhan. Perlu ditegaskan di sini bahawa tujuan utama kita ketika berdoa ialah untuk penyembuhan lahir batin dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh dosa dan alpa. Jika penyakit itu hanya menimpa badan kita, maka kita boleh melindungi diri darinya dengan memuji Tuhan. Tetapi kita harus melakukan hal itu dengan rendah diri dan tidak dengan cara mengeluh.
Jika kita menerima Tuhan sebagai Pencipta kita, maka kita harus menerima segala yang diberikan-Nya kepada kita. Mengeluh atau bersungut yang menandakan penyesalan terhadap nasib kita adalah semacam gugatan yang ditujukan kepada rahmat Allah. Barang siapa menuduh Tuhan tidah berkuasa, nescaya dia akan dibiarkan merana. Barang siapa ingin membalas dendam dengan menggunakan tangan yang patah, dia hanya akan mengalami kesakitan yang lebih parah dari tangannya. Demikian pula bila seseorang itu ditimpa musibah lalu dia mengeluh dan kesal kepada nasib dirinya, orang itu hanya melipatgandakan musibahnya!
Perkara kedua: Kemalangan yang menimpa badan akan membesar sebagaimana yang terlihat dan ianya akan mengecil bilamana dilihatnya kemalangan itu kecil.

No Voice