BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 18
(1-86)
Ketiga: Seperti yang telah dikemukakan di atas, setiap kali seseorang mengingati masa lampaunya dia akan berkata, “ ah…” atau “oh…” Bermaksud dia mengucapkan kata-kata kesal atau menyatakan rasa “ syukur alhamdulillah..” Kekesalan lahir disebabkan sakit akibat terhentinya kenikmatan. Sememangnya apabila kenikmatan terhenti, ia akan menimbulkan rasa sakit. Malah kehilangan nikmat akan lebih cepat menimbulkan rasa sakit yang terus-menerus. Memikirkan rasa sakit yang sedemikian adalah ibarat menusuk sebuah luka yang membuat kita kian kesal.
Kenikmatan rohani yang kekal akan timbul dengan hilangnya rasa sakit yang dideritai pada masa lampau. Kenikmatan tersebut akan memberikan ilham kepada manusia untuk mengucapkan rasa “ syukur alhamdulillah ”. Demikianlah manusia; yang cenderung untuk bersyukur dan berfikir bahawa dia akan memperoleh ganjaran kerana penderitaannya itu pada hari kiamat kelak. Semua itu akan menyedarkannya bahawa hidup yang tidak kekal di dunia ini akan berubah menjadi kekal di alam baka. Sesungguhnya manusia harus berterima kasih kepada Tuhan, bukan sekadar bersabar di hati sahaja! Manusia harus mengucapkan “ alhamdulillah ” agar dijauhkan dari kekafiran dan kesesatan.
Sesetengah orang berkata bahawa pengalaman ditimpa kemalangan terasa amat lama. Ini benar bukan kerana kemalangan itu menimbulkan kesedihan seperti yang disangkakan tetapi kerana kemalangan boleh membawa ke arah kehidupan yang kekal.
Keempat: Seperti yang dikatakan di atas, kekuatan dan ketabahan manusia yang dikurniakan Allah Taala dapat mengatasi setiap malapetaka melainkan jika dia mensia-siakan daya tahannya itu dengan semena-mena. Kerana daya khayal manusia itu amat tinggi dan dia suka mengabaikan segala sesuatu serta membayangkan hidupnya kekal, maka manusia itu suka mensia-siakan daya tahannya samda pada masa lalu mahupun pada masa hadapan.

No Voice