BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 20
(1-86)
Dalam tahun pertama Perang Dunia Yang Pertama ada orang di Erzurum yang menderita sejenis penyakit yang menggerunkan. Saya mengunjungi orang tersebut dan dia mengeluh dengan amat getir.., “ Saya tak dapat meletakkan kepala di atas bantal dan tidur selama seratus hari.."

Saya merasa sedih dan kasihan padanya. Tiba-tiba muncul di benak fikiran saya, “ Saudaraku! Seratus hari kesusahan yang membuatmu tak boleh tidur, kini menjadi seratus hari kegembiraan. Jangan mengeluh. Lebih baik menerimanya dengan rasa syukur. Mengenai masa hadapanmu yang belum tiba, serahkan sahaja kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang! Jangan engkau menangis sebelum engkau dipukul. Jangan takut kepada yang tidak wujud. Jangan membayangkan yang tidak ada seolah-olah ada. Kerahkan seluruh tenagamu untuk menghadapi masa kini dan ingatlah bahawa di hari kemudian engkau akan mendapat ganjaran daripada Tuhan. Ingatlah bahawa hidupmu yang tidak kekal itu akan diganti menjadi kehidupan yang kekal abadi. Jangan mengeluh tetapi bersyukurlah.”

Sejenak kemudian, hilanglah rasa sesak di dada orang tersebut, lalu dia berkata, “Syukur alhamdulillah, sakit yang saya deritai ini hanya sepersepuluh penderitaan masa lampau.”

Kelima: Terdiri dari tiga perkara.
Perkara pertama: kemalangan yang benar-benar merosakkan ialah yang berkaitan dengan agama. Manusia harus selalu mencari perlindungan Tuhan dari musibah dalam soal agama dan memohon bantuan kepada-Nya.

Musibah yang tidak berkaitan dengan agama bukanlah malapetaka. Malah kadang-kadang musibah itu merupakan peringatan Ilahi. Apabila seseorang melemparkan batu ke arah biri-biri yang menceroboh masuk ke daerah pengembalaan orang lain, maka biri-biri itu faham bahawa batu itu dimaksudkan sebagai peringatan untuik menyelamatkan mereka dari tindakan yang membahayakan. Biri-biri itu dengan rasa berterima kasih akan berpatah balik. Demikianlah, banyak musibah yang jelas merupakan peringatan Ilahi. Selain itu ia merupakan penebus dosa dan mengingatkan orang bahawa dia hanya seorang manusia dan tidak mempunyai daya dan upaya lebih dari itu.
No Voice