BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 19
(1-86)
Ketabahannya menjadi tidak seimbang dengan malapetaka yang dihadapinya kini. Kerana itu dia kemudiannya mengeluh. Dia mengeluh kepada Tuhan Yang Maha Kuasa – na’uzubillah; dengan cara yang tidak adil dan tidak masuk akal. Keluhannya menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai kesabaran.

Jika masa silam itu mengandungi kemalangan dan penderitaan itu telah ditempuhi, maka dia akan merasa tenang. Rasa sakit telah lenyap dan kini bahagia yang dikecapi. Kemelut sudah berlalu dan yang tinggal adalah kenangan. Oleh itu jangan mengeluh tetapi ucapkanlah kesyukuran. Manusia hendaklah tidak marah apabila ditimpa malapetaka malah ia harus menyukainya. Kehidupan yang tidak kekal di masa lalu akan menjadi kehidupan yang kekal dan penuh keberkatan. Adalah tidak masuk akal untuk memperbesar-besarkan penderitaan yang lampau dan mensia-siakan kesabaran diri!

Adalah sangat bodoh memikirkan malapetaka di masa hadapan dan menampakkan ketidaksabaran terhadap bencana itu, kerana semua ini masih kabur. Sia-sia sahaja bila seseorang berkata kepada dirinya sendiri, “ Esok atau lusa saya akan menderita lapar dan dahaga. Jadi sekarang saya akan makan dan minum sebanyak yang mungkin!” Begitu pula tidak masuk akal bila memikirkan berbagai bencana dan penderitaan yang bakal menimpa kita di masa hadapan, walhal bencana itu belum wujud. Bersiap sedia menanggung derita dan menunjukkan keresahan hanya memperlihatkan ketidaksabaran dan kebodohan.

Ringkasnya, jika dengan sikap berterima kasih di atas pemberian Tuhan akan bertambah mulia, maka sebaliknya setiap keluhan akan memperbesarkan mala petaka dan menghilangkan kesempatan bagi orang lain menunjukkan rasa sedih dan kasihan.
No Voice